nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dewan Rakyat bersidang semula 13 Julai

12 JUN: Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan berlangsung selama 25 hari mulai 13 Julai hingga 27 Ogos ini selepas ditangguhkan sejak 18 Mei lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, sidang tersebut akan membahaskan usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja serta rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain.

Beliau turut memberitahu, pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 yang dijadualkan pada 6 Ogos ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kerajaan kelak.

“Penangguhan ini setelah pihak kerajaan mengambil kira penularan wabak COVID-19 yang telah memberi kesan kepada ekonomi negara dan bagi membolehkan pihak kerajaan membuat kajian lebih lanjut dan lebih banyak libat urus dengan pemegang-pemegang taruh dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mesyuarat kedua tidak bersidang pada 30 Julai sempena Hari Raya Aidilfitri keesokannya serta pada 19 dan 20 Ogos sempena sambutan Awal Muharam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Arif berkata, tarikh Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 dipinda dari 2 November ke 15 Disember depan.

“Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 oleh Menteri Kewangan ditunda dari Jumaat, 2 Oktober 2020 ke Jumaat, 6 November 2020, pukul 4 petang,” jelasnya.

Beliau menyatakan, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin mengeluarkan notis panggilan mesyuarat dan butiran pindaan takwim kepada semua ahli Parlimen hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.