nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

14 termasuk seorang rakyat tempatan dijangkiti demam malaria

26 JUN: Seorang rakyat tempatan dan 13 warga asing disahkan menjadi mangsa terbaharu jangkitan demam Malaria di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama dikesan membabitkan seorang pekerja di tapak pembinaan Projek Lebuhraya SUKE di Ampang Hulu Langat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima notifikasi satu kes Malaria dari Hospital Ampang, pada 20 Mei lalu.

Beliau berkata, pesakit adalah seorang warganegara Bangladesh yang bekerja di tapak pembinaan Jajaran CB1, projek lebuhraya SUKE, Ampang, Hulu Langat, Selangor.

“Susulan pelaporan kes tersebut, Pejabat Klinik Daerah (PKD) Hulu Langat telah menjalankan aktiviti pengesanan kes aktif di tapak pembinaan dan taman perumahan berhampiran.

“Setakat ini seramai 3,017 orang telah disaring melalui ujian slaid darah dan hasilnya 10 orang lagi telah dikesan dijangkiti Malaria dan kesemua bukan warganegara.

“Pada masa sama, sebanyak tiga kes dikesan di fasiliti kesihatan berdekatan iaitu dua warganegara asing dan seorang warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan adalah 14 kes yang terdiri daripada warga Indonesia (9), Bangladesh (3) dan masing-masing satu iaitu warganegara tempatan dan Nepal,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, kesemua kes itu telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan disahkan sembuh.

“KKM juga ingin menasihatkan individu dan masyarakat di kawasan ini untuk mengambil tindakan berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan malaria termasuk mengelakkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam.

“Bagi mencegah daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan repelan, memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila berada di luar rumah serta mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami demam, sejuk atau menggigil,” katanya. – HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.