nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Terserah kepada UMNO pertimbang permohonan – Salleh

1 JULAI: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menyerahkan kepada pertimbangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, untuk memutuskan status kemasukannya semula ke dalam parti itu.

Salleh yang pernah memegang jawatan sebagai Bendahari UMNO mengesahkan bahawa beliau sudah membuat permohonan untuk menyertai UMNO semula menerusi Bung Moktar pada 26 Mei lalu.

“Saya membuat keputusan tersebut setelah merenung kembali keputusan yang saya ambil termasuklah keluar daripada UMNO secara ‘en-bloc’ pada 12 Disember 2018 yang mana kini saya anggap sebagai satu kekhilafan.

“Kini saya menyerahkan kepada UMNO khususnya YB Presiden, Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO Sabah yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Bung Moktar Radin untuk mempertimbangkan permohonan tersebut,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog SallehSaid.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Salleh berkata beliau berhasrat untuk menyumbang sepenuh usaha dan tenaga bersama UMNO dalam meneruskan agenda perjuangan membina Malaysia yang tercinta.

Media semalam melaporkan UMNO Sabah sudah menerima surat permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti

Malah, Bung Moktar mengesahkan beliau menerima surat permohonan Salleh itu diterima UMNO Sabah beberapa minggu lalu.

“UMNO sudah pun menerima permohonan (Salleh) secara rasmi dan saya telah memanjangkannya (permohonan) kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dipertimbangkan dan diperhalusi… (sedang dalam) proses diberi pertimbangan dan kelulusan.

“UMNO Sabah terbuka iaitu kita membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli dan pemimpin daripada mana-mana parti termasuk daripada UMNO dahulu yang ingin kembali (menyertai UMNO semula), kita terima,” katanya.

Terdahulu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menerusi catatan dalam blog beliau sallehsaid.com memaklumkan bahawa beliau telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR.

Beliau dikatakan mengambil keputusan itu pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Sebelum itu, Salleh memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar kepemimpinan UMNO Sabah meninggalkan parti pada Disember 2018. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.