nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

250 ahli PKR Ampang keluar parti, sokong Muhyiddin

4 JULAI: Hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca seramai 250 ahli PKR Cabang Ampang mengumumkan keluar parti hari ini.

Mereka turut menyatakan tekad untuk mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang akan sentiasa berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut lunas undang-undang serta ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bekas pemimpin dan ahli PKR Cabang Ampang terbabit dalam kenyataan media berkata, mereka percaya keputusan itu adalah tepat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan ditunjukkan Presiden parti tersebut.

Mereka juga menegaskan keputusan itu diambil kerana barisan kepemimpinan parti yang dengan secara jelas hanya mementingkan kepentingan individu semata-mata serta gagal melaksanakan amanah yang diberikan ahli-ahli PKR sebelum ini.

“Apa yang berlaku pada akhir-akhir ini, menyebabkan kami, seramai 250 orang ahli PKR, terdiri daripada ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Ampang termasuk pemimpin pelapis di peringkat sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari 38 ranting Ampang mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama dan keluar dari PKR berkuat kuasa serta-merta.

“Selain daripada hilang keyakinan terhadap individu bernama Anwar Ibrahim, kepimpinan PKR Cabang Ampang juga kabur mengenai masa depan ahlinya dalam parti.

“Apabila pemimpin berkredibiliti seperti Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), yang mendapat sokongan majoriti ahli serta terbukti menumpahkan taat dan setia pada parti disingkirkan tanpa alasan munasabah, inikan pula kami yang hanya memimpin di peringkat akar umbi,” kata mereka.

Mereka juga terkilan dan kecewa apabila pemimpin yang berjasa di dalam parti menjadi korban akibat keputusan pucuk pimpinan PKR yang secara terang-terangan bersikap berat sebelah serta mengambil pendirian yang hanya membawa kepada perpecahan dalam parti.

“Bukan itu sahaja, kami juga terkesan apabila melihat siri terancang pemecatan dan penggantungan anggota PKR khususnya membabitkan rakan seperjuangan yang sudah menumpahkan masa, keringat dan tenaga bagi memperkasa parti sejak penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 sehingga tertubuhnya PKR .

“Perjuangan PKR tidak lagi seperti dahulu, yang memartabatkan prinsip perjuangan reformasi bagi membela nasib seluruh rakyat Malaysia, tetapi kini perjuangan parti ini hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata-mata dan hanya alat bagi memenuhi cita-cita individu bernama Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,” jelas mereka.

Justeru, selepas melakukan pertimbangan dari pelbagai sudut dan pandangan, maka mereka memutuskan pada hari ini untuk tidak lagi bersama PKR. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.