nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KSN pemudahcara antara agensi kerajaan

6 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali, bakal menjadi peneraju utama bagi memudahcara antara agensi kerajaan dalam usaha untuk memulihkan kembali ekonomi negara ke landasan yang sepatutnya.

Muhyiddin berkata penjawat awam kini berdepan cabaran menawarkan perkhidmatan, berikutan penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan banyak sektor di negara ini terjejas.

Berikutan itu, Muhyiddin berkata prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara dalam keadaan normal baharu pasca-COVID-19.

“Untuk memastikan kembali seperti sedia kalau, dalam situasi normal baharu, atau norma baharu, ia memerlukan satu tindakan lebih tersusun, yang lebih terancang dan teratur dengan dokongan setiap peringkat, terutama dalam pentadbiran kerajaan kerana kitalah pembekal perkhidmatan terbesar di negara kita.

“Perkhidmatan kita ini diperlukan semua pihak termasuk sektor ekonomi yang terjejas teruk. Apa peranan kita? “Peranan kita ialah untuk ‘facilitate’ (memudahkan), not to frustrate (bukan untuk mengecewakan),” katanya pada Perhimpunan Bulanan pertamanya di Dataran Perdana, di sini, pagi ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri, berkata kerajaan bersedia mengurangkan kerenah birokrasi bagi mempercepatkan proses pembuatan keputusan dengan memberi kuasa tertentu kepada ketua-ketua agensi dan jabatan untuk membuat keputusan segera.

Beliau berkata KSN pula boleh menjadi peneraju utama untuk mempermudahkan sekiranya kementerian atau agensi mempunyai perkara yang perlu dirunding supaya ia tidak menjadi isu yang boleh dikenakan tindakan juruaudit negara atau agensi-agensi penguat kuasa.

“Ini satu tindakan yang kita tidak dapat elakkan. Langkah-langkah sebegini adalah sebahagian daripada yang perlu kita fikirkan supaya urusan-urusan untuk memulihkan semula ekonomi negara dapat kita bantu dan selesaikan,” katanya.

“Saya panjatkan syukur kerana buat pertama kalinya kita dapat mengadakan perhimpunan bulanan JPM yang sewajarnya kita adakan beberapa bulan lalu disebabkan oleh kerana kita melalui satu tempoh yang amat mencabar,” kata Muhyiddin memulakan ucapan serta bertanya khabar kepada penjawat awam.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional yang dilancarkan oleh pentadbiran terdahulu.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana penjawat awam atau kakitangan swasta dalam soal rasuah.

Terdahulu, Perdana Menteri yang mengenakan sut berwarna hitam tiba pada pukul 8.26 pagi menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang serta mengaminkan doa bersama kira-kira 250 warga JPM sebelum menyampaikan ucapan diperhimpunan pertama bersama penjawat awam selepas menerajui kerajaan sejak 1 Mac lalu.

Perjumpaan bersama warga JPM yang lazimnya diadakan di Dataran Perdana, Perdana Putra pada setiap bulan itu merupakan yang pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Perjumpaan itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencegah penularan COVID-19 dengan dihadiri tidak lebih 250 orang terdiri daripada tiga pengurusan kanan atau wakil daripada 56 agensi di bawah JPM.

Selain itu, setiap individu perlu melalui pemeriksaan suhu badan dan merekodkan kedatangan, memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

Turut hadir ialah lima Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ekonomi), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Tugas-tugas Khas), Datuk Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-undang) dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Hal Ehwal Agama).

Hadir sama, timbalan-timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Eddin Syazlee Shith (Parlimen dan Undang-Undang), Datin Mastura Mohd Yazid (Tugas-Tugas Khas), Datuk Hanifah Hajar Taib (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Arthur Joseph Kurup (Ekonomi) dan Ahmad Marzuk Shaary (Hal Ehwal Agama) serta Mohd Zuki.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 1 Mac.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.