nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pentadbiran kerajaan mendukung rule of law

6 JULAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak bahawa urusan pentadbiran kerajaan pimpinannya akan berjalan mengikut prinsip kedaulatan undang-undang atau ‘rule of law’.

Tegas Perdana Menteri, ini dengan memastikan pelaksanaannya mendukung prinsip pentadbiran yang bersih dan berintegriti.

Malah Pelan Tindakan Anti-Rasuah yang dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan terdahulu akan diteruskan di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata demikian dalam catatan di akaun Facebook miliknya yang antara lain berkongsi perjumpaannya bersama pengurusan kanan dan wakil 56 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Perhimpunan bersama warga JPM itu kali pertama diadakan setelah Muhyiddin mengambil alih teraju kepimpinan negara berikutan terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Menerusi catatan di Facebooknya itu, Muhyiddin mahu penjawat awam memastikan Malaysia yang kini berada jauh di hadapan dari aspek kejayaan melawan COVID-19 tidak ketinggalan berbanding negara lain dalam pemulihan ekonomi hanya disebabkan kerenah birokrasi.

Katanya, dengan mengambil kira normal baharu perniagaan pasca COVID-19, peranan penjawat awam adalah untuk ‘facilitate’, bukannya ‘frustrate’, yang bermakna amalan atau budaya kerja harus berbeza terutamanya dalam membuat keputusan atau meluluskan sesuatu permohonan.

Seiring dengan langkah kerajaan membuka semula ekonomi, tegas Perdana Menteri, penjawat awam masih mempunyai tugas besar, iaitu membantu mempermudahkan pengusaha industri meneruskan dan mengukuhkan semula sektor perniagaan yang terjejas teruk sebelum ini.

“Perkhidmatan awam yang terbabit dalam mengurus pemberian lesen perniagaan atau mempunyai kuasa meluluskan sesuatu permohonan harus lebih efisien dan mengadaptasi budaya kerja baharu.

“Tangani rintihan mereka dan kurangkan karenah birokrasi yang menjadi kekangan dalam usaha mereka untuk menghidupkan semula ekonomi,” kata Muhyiddin.

Menurut Perdana Menteri, pada perhimpunan yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu, beliau turut berkongsi pengalaman tentang langkah-langkah kerajaan dalam menangani COVID-19 sehingga Malaysia diiktiraf dunia sebagai antara lima negara paling cemerlang dalam mengurus dan mengekang wabak itu.

“Saya berterima kasih kepada anggota barisan hadapan yang sebahagian besarnya adalah penjawat awam kerana bertungkus-lumus memerangi wabak itu sehingga rakyat kini dapat menikmati keadaan lebih baik berbanding tempoh sukar ketika awal penularan COVID-19,” ujarnya. -M.H HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.