nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

25 kes positif baharu COVID-19

16 OGOS: Sebanyak 25 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,200 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 216 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 25 kes baharu yang dilaporkan, 16 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 11 rakyat Malaysia dan lima bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kes import tersebut adalah dari Thailand (1 kes di Kuala Lumpur), Hong Kong (1 kes di Kuala Lumpur), Indonesia (2 kes di Kuala Lumpur), India (2 kes di Selangor, 1 kes di Kuala Lumpur), Arab Saudi (3 kes di Kuala Lumpur), Pakistan (2 kes di Kuala Lumpur), Yaman (1 kes di Kuala Lumpur), Lubnan (1 kes di Selangor), United Kingdom (1 kes di Selangor) dan Jepun (1 kes di Selangor).

Beliau menambah, terdapat sembilan kes penularan di dalam negara, yang melibatkan tujuh rakyat Malaysia dan dua bukan warganegara.

Kes tersebut dikesan di Kedah (5 kes Kluster Tawar), Sabah (1 kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu) dan Pulau Pinang (1 kes Kluster Tawar).

Dr Noor Hisham memberitahu, terdapat dua kes jangkitan dalam negara yang dikesan dalam kalangan bukan warganegara di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ia telah melibatkan pekerja kedai makan.

“Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan di kalangan pelanggan.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesanan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil.

“Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyah kuman,” jelasnya.

Sehingga kini, katanya, terdapat tujuh kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes atau 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat 28 kes yang telah pulih COVID-19 hari ini dan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,859 kes atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.