nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kluster MV Glen, Kluster Telaga dikesan

30 OGOS: Dua kluster baharu iaitu Kluster MV Glen di Selangor dan Kluster Telaga di Kedah telah dikesan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster MV Glen dikenal pasti di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Kes indeks merupakan kes ke-9286 yang dilaporkan positif pada 25 Ogos 2020. Kes indeks merupakan seorang krew kapal.

“Kes positif telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan diberi rawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, seramai lapan orang dalam kluster itu telah disaring dan daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif COVID-19 dan enam individu adalah negatif.

Dr Noor Hisham memberitahu, kes indeks bagi kluster itu merupakan kes import yang melibatkan seorang bukan warganegara manakala kes kedua merupakan kes tempatan yang melibatkan seorang rakyat Malaysia yang merupakan ejen yang dilantik oleh syarikat perkapalan.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” jelasnya.

Beliau berkata, saringan kesihatan sign-on dan sign-off adalah penting kerana ia merupakan salah satu kawalan sempadan antarabangsa yang dijalankan bagi mengekang aliran kemasukan individu yang berpontensi dijangkiti COVID-19 ke dalam negara.

“Justeru, kawalan ini perlu terus dipertingkatkan bagi mengelakkan penularan penyakit COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kluster Telaga dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Menurut beliau, kes merupakan kontak rapat kepada kes indeks yang dikesan positif pada 24 Ogos 2020 (kes ke-9284).

Dr Noor Hisham menambah, kes tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk diberi rawatan.

“Kedua-dua kes ini merupakan petugas kesihatan di hospital tersebut namun tugasan tidak melibatkan jagaan kes yang disahkan positif COVID-19,” jelasnya.

Beliau memberitahu, setakat jam 12 tengah hari tadi, sejumlah 374 orang telah disaring dalam kluster ini melibatkan ahli keluarga, kakitangan hospital dan lain-lain.

“Daripada jumlah itu, dua kes dikesan positif COVID-19 dan 372 individu adalah negatif,” ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, sebagai langkah kawalan, lebih banyak saringan tertumpu di hospital akan dijalankan manakala langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti pembersihan dan proses nyah kuman juga telah dijalankan di premis yang berkaitan.

“Perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah tidak terjejas dan tetap berjalan seperti biasa. Punca jangkitan masih dalam siasatan namun besar kemungkinan ianya disyaki berpunca dari kalangan komuniti,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.