nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Barisan Pembangkang Bersatu lawan Warisan

5 SEPT: Menjelang pengumuman calon Selasa ini, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan sekutu-sekutunya bersepakat menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai Barisan Pembangkang Bersatu.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, kesemua parti terbabit telah bersedia untuk berdepan dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam pertandingan satu lawan satu bagi memberi alternatif yang lebih baik kepada rakyat di negeri itu.

Menurut beliau, barisan pembangkang telah mencapai konsensus berhubung pembahagian kerusi sekali gus memastikan calon-calon mereka tidak akan bersaing antara satu sama lain dan ahli parti akan menyokong wakil yang dicalonkan.

“Apabila bekerjasama sebagai satu pasukan, perlu ada tolak ansur. Walaupun begitu, kita sudah lebih kurang mempunyai garis panduan dari segi jumlah kerusi bagi BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan ini semua harus siap dalam beberapa hari lagi.

“BN dan rakan-rakan PN yang kami namakan sebagai Barisan Pembangkang Bersatu bersemangat untuk menghadapi pilihan raya ini,” katanya kepada pemberita di Labuan, malam tadi.

PN di Sabah terdiri daripada Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP) manakala BN mempunyai UMNO Sabah, MCA, MIC dan PBRS serta PBS sebagai sekutunya.

Pada masa yang sama, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu, setiap parti politik terutama daripada PN dibenarkan menggunakan logo parti masing-masing pada PRN kecuali parti komponen BN yang akan menggunakan logo BN.

“Terpulang kepada parti politik masing-masing menggunakan logo parti kerana sentimen pengundian berbeza mengikut kawasan…mereka perlu melakukan penilaian mereka sendiri. Bagi kami, parti komponen BN akan menggunakan lambang dacing dan membenarkan parti lain yang menjadi rakan BN bertanding di bawah BN.

“Tetapi kami difahamkan PN yang baru didaftarkan mempunyai logo sendiri dan ia digunakan oleh Bersatu dan satu atau dua parti yang menjadikan rakan PN. Kami bersetuju dengan itu tetapi apa yang penting, kami berkongsi satu manifesto dan kami akan saling menyokong,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.