nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kempen GRS kini masuk gear lima – Faizal Azumu

18 SEPT: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, hari ini, melahirkan keyakinan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu merampas pemerintahan kerajaan negeri dari Parti Warisan Sabah, pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata, beliau berasa gembira kerana kempen calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berjalan dengan cukup baik.

Malah, Ahmad Faizal berkata, beliau melihat kerjasama antara penyokong dan jentera PN dan BN berjalan dengan cukup baik biarpun proses kempen bermula dengan agak perlahan di peringkat awal, selepas penamaan calon baru-baru ini.

“Saya sudah pergi ke banyak kawasan DUN dan lihat jentera PN dan BN sekarang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk membantu kempen calon GRS antara satu sama lain.

“Jadi saya amat yakin jika semangat ini berterusan maka tidak mustahil GRS akan berjaya menewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi membolehkan kita membentuk sebuah kerajaan negeri baharu yang lebih utuh selepas 26 September nanti,” katanya ketika ditemui wartawan PNBBC Portal di Kota Belud hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, menemani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, meninjau kempen calon PN di DUN Pintasan, Fairuz Renddan berkempen di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rampayan Laut, Kota Belud, petang tadi.

Ditanya mengenai tohmahan lawan mengatakan jentera PN tidak berkempen untuk calon BN dan begitu juga sebaliknya, Ahmad Faizal berkata, semua parti sedang bekerjasama rapat bagi memastikan calon GRS menang PRN kali ini.

“Pada awalnya perkara itu mungkin terjadi kerana masing-masing mahu berbincang dan menyusun strategi bagi membantu antara sama lain. Malah, sekarang jentera kempen GRS sudah memasuki ‘gear lima’ dan akan sampai ke kemuncak menjelang PRN pada 26 September nanti,” katanya. -Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.