nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak layan, tidak runding sebab PBB iktiraf Sabah

18 SEPT: Malaysia tidak layan dan runding sebarang tuntutan Filipina kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri telah mengiktiraf Sabah adalah bahagian penting dalam Persekutuan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua rakyat Malaysia perlu tahu fakta ini yang tidak pernah berubah iaitu pada 14 September 1963, Setiausaha Agung PBB telah melapor kepada Perhimpunan Agung PBB bahawa rakyat Sabah memilih sertai Malaysia.

“Sejak itu, PBB dan masyarakat antarabangsa iktiraf Sabah sebagai “an inseperable, unalienable and integral part of Malaysia”. Pada 16 September 1963, Sabah dengan rasminya sertai Persekutuan Malaysia.

“Sebab itu, sebarang tuntutan ke atas Sabah, kita TIDAK layan dan runding,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Hishammuddin Tun Hussein berkongsi laporan Setiausaha Agung PBB mengenai Sabah yang merupakan sebahagian Persekutuan Malaysia

Sebelum ini, Hishammuddin menegur Presiden Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berpandangan kerajaan Persekutuan perlu berunding bagi menyelesaikan isu tuntutan Filipina yang masih berterusan.

Ini kerana tegas Hishammuddin, rundingan dengan Filipina mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah tidak boleh dilakukan sama sekali kerana ia seolah memberi isyarat yang tuntutan berkenaan mempunyai asas.

Sebab itu, sejak dahulu pendirian Wisma Putra adalah tidak melayan sebarang tuntutan pihak asing kepada kedaulatan Sabah.

Sementara itu, tegas Hishammuddin, dalam hal ini beliau bukan suka-suka menulis di Facebook tentang isu tuntutan pihak asing ke atas Sabah yang banyak dilakukannya sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, sebagai Menteri Luar, neliau perlu respons kenyataan yang dikeluarkan beberapa orang pemimpin pembangkang.

“Saya harap semua pihak jelas mengapa Kerajaan Persekutuan bertegas untuk tidak melayan apatah lagi berunding dengan mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia,” katanya. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.