nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP: 577 ditahan aktiviti di kelab malam

28 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 661 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam dengan 577 daripadanya kerana terlibat dengan aktiviti di kelab malam dan pub.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 648 individu telah dikompaun manakala 13 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam (577), penjarakan fizikal (42), tidak memakai pelitup muka (30), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (lapan), premis beroperasi lebih masa (tiga) dan gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah (satu),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak 2,551 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 11,601 anggota telah membuat pemantauan di 3,330 pasar raya, 4,181 restoran serta 1,502 penjaja, 1,122 kilang, 3,419 bank dan 550 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 1,494 terminal pengangkutan darat, 209 terminal pengangkutan air serta 101 terminal pengangkutan udara,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI), lima tekong dan seorang penyeludup.

“Turut berjaya dirampas sembilan kenderaan darat. Sebanyak 81 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tegasnya.

Sementara itu, katanya, seramai 36,344 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga 27 September.

“Seramai 8,235 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 103 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 28,006 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” jelasnya.

Katanya lagi, sebanyak 12 operasi sanitasi meliputi dua zon Merah, dua zon Kuning dan enam zon Hijau yang melibatkan lima buah negeri antaranya Kedah (lima operasi), Sabah (tiga operasi), Pulau Pinang (dua operasi), Sarawak (satu operasi) dan Pahang (satu operasi).

Ia melibatkan 30 anggota dan empat jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 178 anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 20 dari agensi lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.