nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lupakan soal perebutan kuasa dan jawatan – Annuar

15 OKT: Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan beliau masih dalam kebingungan memikirkan kenapa tiba-tiba soal perebutan jawatan dan kuasa kini menjadi topik utama perbincangan dalam kalangan pemimpin politik dan Ahli Parlimen di Malaysia.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, soal menjaga nyawa dan keselamatan rakyat berikutan penularan wabak COVID-19 adalah yang sepatutnya diberikan keutamaan semua pihak sama ada ahli politik mahu pun pemimpin dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, katanya, mereka yang diberikan kepercayaan besar oleh rakyat, lama dan berpengalaman dalam berpolitik lebih ghairah memikir soal kendudukan dan jawatan lebih daripada berkhidmat untuk rakyat.

“Saya merasakan terlalu banyak dalam kalangan kita sekarang sibuk memikirkan soal kepada siapa nak beri jawatan; kepada siapa patut ada kuasa dan sebagainya. Amat kurang sekali kita duduk bagi membincangkan mengenai dilema dihadapi oleh orang Melayu sekarang, masalah dihadapi orang miskin dan rakyat Malaysia termasuk masalah COVID-19 dan kesusahan rakyat.

“Sebagai Ahli Parlimen saya melihat tiada keseimbangan antara mereka berebut untuk mendapatkan jawatan dengan tumpuan kepada masalah rakyat.

“Keduanya, saya juga ditegur dan kritik sehingga ada sesetengah menuduh saya condong ke sana ke sini tetapi sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian UMNO yang juga orang akar umbi, saya berpendirian bahawa usaha perlu dibuat ke arah penyatuan bukannya pepecahan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata kerajaan (Perikatan Nasional) sekarang yang sedang melaksanakan tugas amat penting pada saat kritikal untuk menangani masalah penularan wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi akibat pandemik berkenaan.

“Soal tidak puas hati akan datang sepanjang masa tetapi bukan alasan untuk kita bergaduh atau melakukan sesuatu yang akan menyebabkan rakyat semakin susah, pasaran saham semakin merudum, pelabur takut nak datang… Saya tidak rasa kita berlaku adil kepada rakyat jika kita ambil pendekatan sedemikian rupa.

“Kalau nak berunding itu adalah hak semua orang nak kembali ke drawing board, saya fikir mana-mana parti politik boleh berbuat demikian namun cara kita bertindak ialah dengan meletakkan keutamaan negara terlebih dahulu dari puak, kumpulan, seksyen dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata semua pihak juga perlu melihat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa dan kemajuan ekonomi negara.

“Malah, saya memikirkan soal perpaduan dan kerjasama antara parti dikuasai orang Melayu… saya dan bukan Melayu ingin melihat orang Melayu bersatu kerana kita adalah teras kepada politik nasional.

“Kalau orang Melayu dapat bersatu padu maka kawan kita bukan Melayu dan Bumiputera akan dapat bersama-sama mensejahterakan negara. Tetapi jika orang Melayu sebagai kelompok teras gagal bersatu padu maka keseluruhan politik negara tidak akan stabil.

“Kita kena faham ketidakstabilan politik negara berlaku sekarang pun adalah berpunca daripada pepecahan orang Melayu sebelum PRU-14. Adakah tidak cukup lagi kita melihat apa yang kita sedang lalui… Adakah kita nak tukar Perdana Menteri tiga kali dalam setahun… Siapakah yang akan mendapat paling banyak manfaat daripada pepecahan di kalangan orang Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar mengesahkan soal penggantungan Dewan Rakyat (prorog) tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat BN sebelum ini kerana tiada keperluan berbuat demikian.

Semalam, bekas Speaker Dewan Negara yang juga Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengesyorkan supaya Dewan Rakyat digantung bagi memberi laluan kepada pengendalian penularan COVID-19 dalam negara.

Vigneswaran berkata cadangan berkenaan mampu membantu kerajaan memulihkan ekonomi dan menstabilkan keadaan politik negara dan ia boleh dilakukan menerusi Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Ditanya mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dikemukakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Annuar berkata Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai hak sebagai Ahli Parlimen untuk mengemukakan apa-apa usul kepada Speaker Dewan Rakyat.

Namun, Annuar berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai tanggungjawab melaksanakan tugas beliau berasas peraturan sedia ada.

“Sebagai Ahli Parlimen yang agak lama Tengku Razaligh sama seperti saya sendiri tidak bertanya soalan mengenai sesuatu yang saya tahu jawapannya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.