nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan kesihatan 2021 lagi tinggi – Tg Zafrul

8 NOV: Tidak seperti didakwa pembangkang, peruntukan Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan yang berjumlah RM31.9 bilion adalah RM1.3 bilion lebih tinggi berbanding Belanjawan 2020.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dalam Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan kerajaan jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus).

Katanya, ia termasuk Bekalan Perubatan Fasiliti Perubatan Kerajaan sebanyak RM2.89 bilion dan Konsesi Penswastaan Makmal Ubat sebanyak RM1.4 bilion.

“Inilah sebabnya mengapa jumlah peruntukan di bawah butiran 020000 (Perubatan) menunjukkan ‘pengurangan’ daripada RM14.2 bilion (2020) kepada RM11.3 bilion (2021).

“Butiran ini mengandungi peruntukan bagi pelbagai bidang kepakaran kesihatan termasuk nefrologi dan farmasi. Hakikat yang sebenar, tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.

Hantaran Facebook Tengku Zafrul itu turut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengucapkan terima kasih di atas pengelasan lanjut berhubung isu peruntukan kepada KKM dalam Belanjawan 2021.

Sementara itu, menurut Tengku Zafrul, seperti diumumkan semasa perbentangan Belanjawan semalam, kerajaan memperuntukkan RM475 juta sebagai peruntukan tambahan untuk bekalan reagen dan bahan guna habis yang diperlukan berkaitan COVID-19.

“Peruntukan berjumlah RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan ‘hand sanitizer’ kepada petugas barisan hadapan; RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19; RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti, serta menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer, di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baharu.

“Peruntukan tambahan ini tidak termasuk dalam peruntukan belanja mengurus yang terkandung di dalam Buku Anggaran Perbelanjaan, kerana ia diperuntukkan secara berasingan di bawah Kumpulan Wang COVID-19,” jelasnya.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dalam usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat Malaysia.

“Semua peruntukan di atas belum kira lagi jumlah yang telah disalur tahun ini, di mana kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi pelaksanaan kawalan pergerakan serta keperluan kesihatan awam berkaitan COVID-19, antaranya untuk membeli Kelengkapan Perlindungan Diri atau PPE, reagen dan bahan guna habis,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga telah memperuntukan sejumlah RM24 juta bagi menangani isu kesihatan mental, melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan, serta Penyalahgunaan Substans.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.