nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Pelbagai inisiatif tangani tekanan mental

1 DIS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sudah mengambil pelbagai inisiatif bagi menangani masalah krisis jiwa dan mental yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat sekarang berikutan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, antara langkah diambil kementerian termasuklah dengan menyediakan beberapa inisiatif seperti menyediakan khidmat aduan atas talian dengan menghubungi Talian Kasih 15999 atau aplikasi WhatsApp di nombor 019-26 15999.

“Perkhidmatan ini beroperasi 24 jam setiap hari yang mana talian ini berfungsi sebagai ‘single point of contact’ kepada semua masyarakat untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan mahupun permohonan.

“Skop perkhidmatan Talian Kasih merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling, gelandangan, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja dan perkara yang melibatkan kumpulan sasar kementerian,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Rina Harun
RINA HARUN

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PAS Setiu, Shaharizukirnain Abd. Kadir yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan usaha kementerian dalam menangani krisis jiwa dan mental yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat yang tertekan kerana kehilangan pendapatan, berjauhan daripada keluarga dan kegelisahan kesan wabak COVID-19.

Mengulas lanjut, Rina berkata kementerian juga menyediakan sokongan Psikologi Tele-kaunseling bagi memberi perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada mereka yang terkesan daripada penularan wabak COVID-19 serta PKP.

Beliau berkata, Talian Khas Kaunseling atau perkhidmatan tele-kaunseling ini melibatkan seramai 528 orang kaunselor di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.

“Kita juga memberikan bantuan sokongan ekonomi menerusi peruntukan Program Bantuan Bakul Makanan sebanyak RM47.43 juta telah dibelanjakan oleh KPWKM untuk membuat agihan bakul makanan kepada seramai 820,723 Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 3.2 juta Ahli Isi Rumah (AIR) di seluruh negara sehingga November 2020.

“Kita juga mempercepatkan bayaran Bantuan Kewangan Bulanan Persekutuan oleh JKM yang berjumlah RM1.5 bilion untuk menampung keperluan seramai 498,935 penerima bantuan sehingga Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata kementerian juga mengecualikan proses kaji semula bantuan dan melanjutkan Bantuan Kewangan Bulanan Persekutuan secara automatik kepada semua penerima bantuan sedia ada di seluruh negara.

“Kita juga memberikan Bantuan Khas Ibu Tunggal di bawah PENJANA yang menerima berjumlah RM300 seorang secara one-off kepada 150,000 orang ibu tunggal yang layak di seluruh negara.

“Kementerian juga sudah menyalurkan bantuan khas OKU di bawah PENJANA kepada 188,000 OKU yang berdaftar dan menerima bantuan JKM telah menerima RM300 seorang secara one-off dengan keseluruhan peruntukan RM56.4 juta,” katanya.

Beliau berkata kementerian juga melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah (Home help services) yang bercorak reaching out kepada warga emas sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19.

“Kita juga membenarkan pengoperasian TASKA di zon yang dibenarkan sepanjang tempoh PKP serta melaksanakan program berbentuk advokasi seperti panduan menangani tekanan perasaan, aktiviti kekeluargaan secara maya dan panduan penjagaan kesihatan melalui pelbagai medium seperti media sosial, media elektronik dan media cetak dalam menangani isu tekanan mental,” katanya.

Beliau berkata semua itu perlu berikutan kajian dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) pada bulan September 2020 menunjukkan 74.5 peratus daripada 3,500 responden bersetuju bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada kesihatan mental.

Beliau berkata kajian KPWKM mendapati sokongan sosial adalah antara mekanisme untuk mengurangkan kadar tekanan yang dihadapi oleh mereka yang terkesan secara langsung oleh ancaman pandemik COVID-19. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.