nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 4 lokasi mula esok hingga 10 Januari

27 DIS: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Johor Bahru (PKJB) dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru, Johor; Dewan Arena Segitiga Mukim Kota Tinggi dan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan berkuat kuasa mulai esok sehingga 10 Januari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD di PKJB dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat lapan kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam tempoh lapan hari iaitu bermula 16 sehingga 23 Disember lalu.

Beliau berkata, kes-kes berkenaan dikesan semasa orang kena tahan (OKT) hadir bicara mahkamah di daerah lain dan menyebabkan 685 orang dalam kalangan OKT dan kakitangan di PKJ yang terdedah kepada 8 kes positif tersebut.

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Berikutan itu, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di PKJB dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.

“PKPD ini akan melibatkan 937 tahanan, 322 anggota dan 128 ahli keluarga yang tinggal di kuarters meliputi 102 unit rumah,” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Ismail Sabri menambah, pelaksanaan PKPD berkenaan adalah untuk menghalang penularan COVID-19 dalam kalangan tahanan, pegawai dan anggota yang bertugas di PKJB serta mencegah penularan ke tempat tahanan yang lain.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) PKPD di pusat tahanan ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini antaranya tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan melaksanakan PKPD di Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi berikutan peningkatan kes positif jangkitan COVID-19 dilaporkan KKM dalam kalangan tahanan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 171 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 125 kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam kalangan tahanan di lokap ini.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor untuk menempatkan kesemua tahanan yang positif COVID-19 dari Lokap IPD Kota Tinggi bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal penularan COVID-19 dan saringan secara bersasar dapat dilaksanakan ke atas semua tahanan dan kakitangan yang terlibat,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan melaksanakan PKPD Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan berikutan peningkatan kes positif COVID-19 yang melibatkan tahanan dan kakitangan di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.

“Sehingga 22 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 1,086 ujian saringan dan sebanyak 307 kes positif COVID-19 telah direkodkan iaitu 305 kes di kalangan OKT dan 2 kes warden.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan bermula 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri juga mengumumkan penamatan lebih awal PKPD Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang, yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini, berikuta tiada kes baharu dilaporkan KKM.

Beliau berkata sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 5,585 saringan ke atas pendudukpenduduk mengikut blok di lokaliti ini dan sebanyak 113 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan kes positif COVID-19 di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi sampel menunggu keputusan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang pada hari ini, 27 Disember 2020 lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.