nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kem PLKN, KBN jadi pusat tahanan sementara

26 JAN: Kerajaan akan mengambil alih 16 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Bina Negara (KBN) di seluruh negara untuk dijadikan fasiliti dan depoh tahanan sementara bagi kegunaan Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara sewaan.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, secara maya hari ini.

Mohd Zuki berkata tindakan berkenaan perlu bagi menjamin penjarakan fizikal antara banduan dan tahanan di penjara, depoh dan lokap seterusnya mengelakkan penularan COVID-19.

MOHD ZUKI ALI
MOHD ZUKI ALI

Bagaimanapun, Mohd Zuki berkata banduan dan tahanan ditempatkan di kem PLKN dan KBN berkenaan adalah terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan ringan sahaja.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga akan bekerjasama pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan tahap keselamatan di pusat tahanan sementera sentiasa dikawal dengan ketat.

“Ketika ini PDRM sedang berunding dengan pemilik fasiliti berkenaan bagi membolehkannya dijadikan lokap dan pusat tahanan sementara. Pengoptimuman penggunaan fasiliti sedia ada yang bersesuaian serta mengelakkan dari implikasi kewangan yang lebih besar bagi pembinaan fasiliti baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

16 fasiliti berkenaan termasuk Kem PLKN Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Kem PLKN Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak; Kem PLKN A Farmosa, Melaka; Kem PLKN Kuala Kubu Baharu; Kem PLKN Cancun, Pasir Mas, Kelantan; Kem PLKN Kulim, Kedah; Kem PLKN Chini, Pahang; Kem PLKN Bagai Budi Resort, Sandakan, dan Kem PLKN Wawasan Ovui, Papar, Sabah.

Turut dijadikan pusat tahanan sementara adalah Kem PLKN Paya Indah Wetland, Kuala Langat, Selangor; Kem PLKN Padang Kacong, Marang, Terengganu; Kem PLKN Eco Millenium, Beranang, Selangor, Kem PLKN Sri Impian, Sg Bakap, Pulau Pinang; Kem PLKN Nilai Ehsan, Bidor, Perak dan Kem Wawasan Negara, di Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata jawatankuasa teknikal berkenaan juga akan terus meneliti dan memantau perkara-perkara yang berbangkit daripada proklamasi darurat agar dapat memberi pengesyoran yang terbaik kepada Sidang Khas Darurat MKN untuk dipertimbangkan.

Beliau juga menegaskan bahawa pentadbiran perkhidmatan awam dalam tempoh darurat ini tidak akan terjejas dan berfungsi seperti sedia ada bagi
memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang berkuat kuasa.

“Saya juga ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan segala maklumat dan informasi yang diterima dipastikan terlebih dahulu kesahihannya. Ini kerana penyebaran maklumat yang tidak sahih akan menjejaskan usaha kita dalam memerangi pandemik COVID-19.

“Marilah kita terus berdoa agar pandemik COVID-19 yang sedang melanda Negara dapat diatasi sepenuhnya demi menjaga kemakmuran, kestabilan ekonomi dan ketenteraman awam negara,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.