nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Upacara pengebumian antara 7 kluster baharu dikesan

7 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti tujuh lagi kluster baharu COVID-19 hari ini termasuk satu daripadanya Kluster Komuniti Seruas membabitkan upacara pengebumian di Seruas, Bakong, Beluru, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata berkata kluster komuniti berkenaan membabitkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak.

Beliau berkata kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209382) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.


“Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian yang berlangsung daripada 25 hingga 27 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru.

“Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata Kluster Lorong Mawar di Hilir Perak, adalah kluster tempat kerja yang tercetus akibat perhimpunan keagamaan diadakan di Teluk Intan, Perak, pada akhir bulan Januari lalu.

Beliau berkata kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.


“Kluster ini melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mawar, Taman Juta Intan, Teluk Intan. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata dengan pertambahan tujuh kluster baharu berkenaan iaitu tiga kluster tempat kerja, dua komuniti, masing-masing satu berkaitan keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 895 kluster termasuk 454 sudah tamat dan 441 masih aktif dengan kebolehjangkitan.

Beliau berkata tujuh kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 81 kluster termasuk kes baharu tertinggi ialah Kluster Industri Serkam dengan 246 kes, diikuti Kluster Gudang Salak Tinggi (127 kes), dan Kluster Tapak Bina Lembah Selatan (99 kes).

Beliau berkata dua kluster tempat kerja dikesan di Selangor iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan dan Jalan Bagan serta satu lagi Kluster Jalan Gangsa Dua di Johor.

“Kluster Tapak Binaan Lembah Selatan adalah kluster tempat kerja membabitkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil, Sepang.

“Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 424 individu telah disaring, di mana 222 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Kluster Jalan Bagan pula melibatkan daerah Sabak Bernam dan Klang di Selangor dengan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke239125) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Katanya, kluster berkenaan melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Bagan Terap, Kampung Batu 38, Sabak Bernam dan sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 215 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

“Kluster Ampang Campuran pula adalah membabitkan kumpulan berisiko tinggi di daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-207870) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat jagaan di Lorong Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, Ampang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Senarai dua lagi kluster lain:

  1. KLUSTER JALAN GANGSA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Gangsa, Kawasan Miel, Pasir Gudang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER TAMAN SEGAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muallim di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-222128) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Segar, Tanjung Malim, Muallim. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.