nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kebajikan rakyat teras agenda politik PN – Dominic

11 FEB: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyertai Parti Perikatan Nasional (PN) demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat berbilang kaum serta pembangunan ekonomi di negara ini.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata Gerakan akan bekerjasama dengan PN demi menyediakan sebuah kerajaan yang mengutamakan kesederhanaan, perpaduan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan pelbagai fahaman politik.

Beliau berkata, Gerakan membuat keputusan menyertai PN selepas mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS.

“Apa yang nyata adalah agenda politik PN berteraskan kebajikan rakyat. Apa sekali-pun, kebajikan rakyat adalah matlamat utama kerajaan semasa. Ia jelas melalui pelan-pelan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini. Berbilion ringgit disuntik sebagai bantuan kepada rakyat jelata dalam menghadapi pandemik COVID-19.

“Gerakan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan menghargai ketekunan YAB Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dalam memerangi pandemik COVID-19.

“Gerakan percaya pentingnya perpaduan dalam politik. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa dan wilayah. Oleh itu Gerakan menegaskan bahawa perpaduan dalam politik amat penting dalam menjana persefahaman memacu obor kegemilangan negara ke hadapan. Politik perlu berhemah dan tanpa sebarang permusuhan.

“Ahli politik pula perlu bersatu dan mengutamakan negara melebihi keinginan masing-masing. Saya yakin gabungan baharu ini akan mengutamakan perpaduan dan persefahaman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dominic berkata sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan perkauman, Gerakan berjanji akan mewakili konsep kesederhanaan dan majmuk dalam gabungan PN.

Katanya, Gerakan akan sentiasa bersedia untuk mewakili suara rakyat marhaen tanpa mengira perbezaan kaum, bahasa, keturunan dan wilayah, serta mengutamakan kestabilan politik demi pembangunan agenda rakyat Malaysia.

“Antara tugas utama Gerakan sebagai rakan PN adalah bekerjasama dengan jentera kerajaan dalam usaha menangani COVID-19, termasuk pelan pemulihan pasca pandemik.

“Politik negara juga telah beralih sejajar dengan pendekatan norma baharu. Politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan sekarang amatlah berbeza. Terlalu banyak perubahan dan terlalu banyak kacau-bilau. Apa yang jelas, politik hari ini memerlukan kesediaan untuk bersatu demi rakyat dan bangkit semula untuk Malaysia.

“Tak perlu kita asyik berperang politik demi jawatan dan pangkat, ketepikan semua perbezaan itu dan fokus kepada pembangunan negara secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata Gerakan juga mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin dan pemimpin kanan dalam PN yang percaya dan bersedia untuk
berganding bahu bersama parti berkenaan dalam memberikan sebuah aturan politik yang akan membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia.

“Kami menghormati kepercayaan ini dan menjunjung tinggi dengan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Ayuh, kita memperkuatkan gabungan PN.

“Dengan ini, saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pusat, Badan Perhubungan Negeri dan Bahagian Gerakan untuk menyalurkan segala bentuk kepakaran, gerak keahlian, berjumpa dengan orang ramai dan membantu menyampaikan agenda PN yang berpaksikan ‘demi rakyat’ kepada semua.

“Setiap kita perlu bersatu dalam memastikan kejayaan PN! Gerakan juga berjanji akan sentiasa mewakili rakyat dalam segala perkara, mengetengahkan kesederhaan dan akan memastikan PN sebagai wadah politik baru negara, Malaysia!,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.