nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lapan lagi kluster baharu COVID-19 dikenal pasti

7 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti lapan lagi kluster baharu COVID-19 dengan lima daripadanya kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan dan satu kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan kluster baharu berkenaan dikesan di Selangor, Sabah, Johor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perlis.

Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambahan lapan kluster baharu COVID-19 itu jumlah kumulatifnya sekarang menjadi 1,199 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, termasuklah 472 kluster aktif dan 68 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

NOOR HISHAM

Katanya, 14 kluster tamat hari ini Kluster Senai Murni, Kluster Bukit Palah, Kluster Jelita, Kluster Bintang Utama, Kluster Jalan Gangsa Dua, Kluster Industri Peramu Jaya, Kluster Jalan Segama, Kluster Kampung Muhibbah, Kluster Indah Riang, Kluster Jalan Trus, Kluster Taman Koperasi, Kluster Jalan Pudu, Kluster Jalan Banting-Klang, dan Kluster Ampang Campuran.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan 10 (55 kes), Kluster Industri Subang (44 kes), dan Kluster Kemuning Enam (44 kes),” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. – Oleh HAIKA KHAIZA

Perincian lapan kluster baharu dikenal pasti pada hari:

1.        KLUSTER KEMUNING ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, Petaling. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2.        KLUSTER JALAN SUNGAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Chua, Kajang. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3.        KLUSTER INDUSTRI INANAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-299355) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4.        KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312623) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3, Kawasan Perindustrian, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5.        KLUSTER TAPAK BINA JALAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan 1/13A, Jalan Klang Lama, Lembah Pantai. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6.        KLUSTER JALAN AWANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Awang Ramli Amit, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7.        KLUSTER DTI PERSIARAN WAWASAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kangar di Perlis. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-310097) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah DTI yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8.        KLUSTER KIBA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-304043) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Ulu Durin Kiba, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.