nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes Harian COVID-19 Konsisten Di Bawah Paras 2,000

12 MAC : Malaysia terus konsisten merekodkan kes baharu COVID-19 di bawah paras 2,000 apabila mencatatkan 1,575 kes semalam manakala kes sembuh sebanyak 2,042 kes.

Sebanyak tiga kematian juga direkodkan dan kes aktif pula terus menunjukkan penurunan iaitu 17,074 kes berbanding semalam, 17,544 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 147 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

NOOR HISHAM

Menurut beliau, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes dan daripada jumlah ini, sebanyak 694 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti Sarawak ( 173 kes) dan Johor sebanyak 135 kes.

“Sebanyak 69 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Persiaran Wawasan (26 kes), Kluster Telok Mas (19 kes), Kluster Tembok Tapah (12 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (4 kes), dan Kluster Tembok Taiping (2 kes).

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing  satu kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Sabah. Sebanyak dua kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan sebanyak 792 kluster telah ditamatkan termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu  Kluster Jalan Budiman, Kluster Jalan Harmonium, Kluster Batu 38, dan Kluster Taman Segar,

Selain itu, beliau berkata, Kluster Jalan Firma Tiga, Kluster Jalan Canggih, Kluster Tapak Bina Jalan Panah, Kluster Industri Bentong Sebelas, dan Kluster Jalan Pengkalan dan Kluster Bintang Daily turut ditamatkan.

“Jumlah kluster aktif kini adalah 440 kluster dan jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 60 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Lintang Bayan Lepas (26 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (26 kes), dan Kluster Teknologi Emas (24 kes),” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja dan selebihnya adalah kluster melibatkan komuniti.

Tambah beliau, daripada jumlah itu, tiga daripadanya melibatkan negeri Sarawak iaitu Jalan Main Bazaar, Sena dan Buloh Pasi dan tiga daripadanya pula di Selangor membabitkan kawasan di Jalan Tempua, Jalan Kunci Air dan Jalan Industri Dua.

“Selebihnya di Jalan Pelepas Dua, Johor; Lintang Bayan Lepas, Pulau Pinang; Jalan Laksamana, Perak dan Ladang Bukit, Terengganu,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.