nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Intipati pelan bantuan PEMERKASA 2021

17 MAC: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bernilai RM20 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Muhyiddin berkata, sebanyak 20 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PEMERKASA, berteraskan empat matlamat utama iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara dan memastikan agenda keterangkuman.

Antara inisiatif, pelan bantuan yang diumumkan hari ini :

• Peruntukan dinaikan bagi Program Imunisasi COVID-19 daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion untuk mempercepatkan sasaran imunisasi berkelompok pada Disember 2021.

• Bantuan Khas COVID-19 dengan kadar 200 ringgit sebulan dipanjangkan kepada petugas penjawat awam yang terlibat dalam program imunisasi di PPV berkenaan.

• Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lagi dilaksanakan, hanya kawalan pergerakan dilakukan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja.

• Pematuhan SOP dan penguatkuasaan perundangan yang lebih ketat dan telus akan terus dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.

• Potongan cukai tambahan kepada syarikat pengilangan dan syarikat perkhidmatan berkaitan pengilangan ke atas perbelanjaan sewaan premis dan asrama pekerja.

• Majikan yang membuat ujian pengesanan COVID-19 untuk pekerjanya dibenarkan membuat potongan cukai tambahan ke atas kos ujian pengesanan COVID-19 .

• Peruntukan projek berskala kecil tahun 2021 ditambah daripada RM2.5 bilion kepada RM5 bilion.

• Setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.

• Dana pembiayaan tambahan disediakan sebanyak 500 juta ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit.

• Tekun Nasional akan menyediakan dana tambahan sebanyak RM60 juta terutamanya untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 ringgit bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu.

• TEKUN POS-preneur diperkenalkan di mana pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan.

• Menyediakan peruntukan RM300 juta yang akan memanfaatkan 60,000  pekerja, di mana setiap pekerja akan menerima RM600 sebulan selama tempoh maksimum enam bulan.

• Bagi majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan Perkeso, mereka akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang ditempatkan.

• Peruntukan sebanyak RM700 juta bagi melanjutkan Program Subsidi Upah 3.0 selama tiga bulan lagi secara lebih bersasar.

• Melanjutkan pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel sehingga 31 Disember 2021. 

• Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022.

• Membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021 diberikan kepada syarikat industri pelancongan dan industri terpilih seperti panggung wayang dan spa.

• Memberi pengecualian duti hiburan ke atas bayaran kemasukan ke tempat hiburan seperti taman tema, persembahan pentas, acara sukan dan pertandingan serta tayangan filem pawagam di semua Wilayah Persekutuan.

• Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

• Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan dan peruncitan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021.

• Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 ringgit kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC. 

• Bantuan tunai secara one-off sebanyak 600 ringgit kepada pengusaha homestay yang berdaftar dengan MOTAC. 

• Pemberian diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus akan dilanjutkan selama 3 bulan lagi sehingga 30 Jun 2021 bagi membantu aliran tunai dan mengurangkan kos perniagaan pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan dan agensi pengembaraan dan pelancongan.

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersetuju nilai ambang keterhutangan atau indebtedness threshold dinaikkan daripada 10 kepada 50 ribu ringgit.

• Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan menyediakan insentif pembiayaan sehingga 100 ribu ringgit tanpa cagaran bagi membantu koperasi yang terkesan.

• Geran padanan sebanyak 30 juta ringgit untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi industri sawit.

• Bank Negara Malaysia telah meningkatkan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar sebanyak RM2 bilion dan Fasiliti Automasi dan Digitalisasi sebanyak RM700 juta.

• Sana tambahan sebanyak RM50 juta bagi Geran Automasi Pintar di bawah MIDA.

• Kerajaan akan menambah baik subsidi ini kepada RM300 khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu.

• Siling Geran Pembangunan Pasaran atau MDG dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM500,000 bagi setiap syarikat yang menyertai platform pameran antarabangsa.

• Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 diberikan kepada golongan B40 yang telah hilang pendapatan dan bayaran tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

• Untuk individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.

• DBKL telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Anjung Kelana di Taman Desa Kuala Lumpur sebagai pusat perlindungan sementara khususnya buat golongan gelendangan.

• Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit bagi program bantuan barangan dapur melalui inisiatif pembelian tanpa tunai.

• Seramai 2,500 orang pegawai tambahan akan dilantik di bawah inisiatif MySTEP bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

• Kerajaan akan menyediakan dana RM30 juta untuk membantu mereka beralih ke pasaran dalam talian.

• BSN juga akan menyediakan sejumlah RM50 juta bagi Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-NITA untuk memberi galakan usahawanita menceburi bidang perniagaan.

• Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat daripada RM1,200 kepada RM1,500 ringgit sebulan.

• Kerajaan bersetuju menambah RM20 juta ringgit untuk memperkukuhkan program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

• Kerajaan telah memperkenalkan program eBelia bagi menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai kepada golongan belia.

• Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau PEKB akan diperluas dengan tambahan peruntukan sebanyak RM10 juta.

• Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp akan diperkenalkan bagi tujuan latihan penyediaan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian.

• Harga runcit petrol RON95 dan diesel ditetapkan pada paras harga siling RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. 

• Kerajaan juga menanggung subsidi yang tinggi iaitu 50 peratus ke atas produk gas cecair petroleum atau LPG. 

Dalam pada itu, Muhyiddin menyatakan PEMERKASA merupakan inisiatif Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk meringankan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat, mengukuhkan semula pertumbuhan ekonomi dan merancakkan aktiviti perniagaan. 

“Setelah setahun Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara ini, kami terus merencana pelbagai strategi pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Kami telah berusaha sehabis baik untuk memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir daripada menerima manfaat. 

“Kerajaan PN sebagai kerajaan yang Prihatin akan sentiasa mendengar dan peduli terhadap nasib rakyat. InsyaAllah, amanah ini akan sentiasa kami pikul dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas, demi rakyat dan negara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH & FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.