nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DBP tak akan mohon maaf isu takrifan tambi

23 MAC: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan tidak akan melakukan permohonan maaf kepada masyarakat India berhubung penggunaan perkataan keling dalam mentakrifkan tambi kerana ia tidak membawa sebarang maksud menghina.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran berkata ada larangan mengenai perkataan itu dalam kamus edisi terbaharu DBP, manakala penakrifan keling merujuk kepada nilai sejarah perkataan itu.

Menurut beliau, setiap kata ada nilai sejarah, sosial, dan budaya di samping kamus merakam sejarah itu walaupun nilai sosial dan budaya berubah.

SALEHUDDIN

“Namun, kata-kata yang boleh mencetuskan kontroversi perlu dilabelkan sebagai peringatan kepada kesan penggunaannya. Kamus ini tidak ada niat sama sekali bertujuan menghina rakan-rakan kita yang berketurunan India.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, DBP dan masyarakat sepatutnya menggelakkan diri daripada menggunakan kata keling ini dalam ayat pada masa sekarang,” katanya, hari ini.

Walau bagaimanapun, Abang Salehuddin menambah kewujudan perkataan keling dalam kamus DBP tidak boleh disalah erti yang boleh digunakan sesuka hati oleh mana-mana pihak kerana ia menyinggung perasaan.

“Ubahlah kata keling itu kepada kata India. Untuk apa kita menggunakan kata yang menyakitkan hati orang lain.

“Dalam Islam, kita juga dianjurkan untuk memanggil nama seseorang dengan nama yang baik-baik dan yang disukainya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberikan contoh yang lebih terperinci keling dalam hikayat Melayu lama yang kebanyakannya merujuk kepada kebesaran dan kegagahan bangsa itu.

“Dahulu kata ini (keling) tidak membawa sebarang maksud negatif, tetapi sekarang, dalam masyarakat kita, nilai itu telah berubah. Apabila nilai itu berubah, DBP memberikan perhatian terhadap isu ini,” tegasnya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy mengecam DBP kerana memasukkan perkataan keling dalam definisi tambi.

Ramasamy menggesa DBP memohon maaf dan membetulkan perkara itu.

Seorang aktivis masyarakat India juga mengecam DBP dalam satu laporan media berhubung pendefinisian perkataan tambi oleh jabatan tersebut yang disifatkannya sebagai menghina masyarakat India di Malaysia.

Menurut beliau, perkataan keling yang digunakan laman sesawang DBP untuk mendefinisikan kata tambi merupakan istilah yang dianggap oleh masyarakat India sebagai menunjukkan rasa tidak hormat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.