nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Muhyiddin boleh lantik Ahli Parlimen lain sebagai menteri

30 MAC: Perletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO daripada Kabinet Perikatan Nasional (PN), tidak akan memberi sebarang kesan kepada kerajaan, jika tindakan itu dilakukan.

Penganalisis Politik yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki pilihan boleh diambil beliau sekiranya perkara itu berlaku.

Katanya, Perdana Menteri boleh melantik Ahli Parlimen atau individu yang dirasakan layak bekerjasama dengan beliau untuk mendahulukan kepentingan negara, bagi mengisi kekosongan terbabit.

“Saya berpandangan, Tan Sri (Muhyiddin) tak ada masalah pun jika mereka (Menteri dan Timbalan Menteri UMNO) letak jawatan, sebab beliau ada kuasa melantik siapa sahaja dirasakan layak, malah dalam konvensyen Kabinet, jelas dimaklumkan, sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, perlu letak jawatan.

“Dalam situasi sekarang, politik begitu terbuka, justeru jika UMNO menarik diri, tidak mustahil Tan Sri boleh menjemput mana-mana pihak yang mungkin melihat kepentingan negara, sama-sama membantu pentadbirannya.

“Lagipun, jika mereka ini letak jawatan, Perdana Menteri  tidak tergugat apa-apa sebab sekarang situasi darurat, jadi kerajaan masih berfungsi macam biasa sehingga Parlimen dibubarkan nanti,” katanya ketika dihubungi PN BBC portal.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, tindakan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO itu disifatkan ‘tiada semangat setiakawan’ dalam Kabinet.

Dr Mazlan Ali

Beliau menegaskan, dalam situasi sukar didepani Malaysia ketika ini, seperti penularan COVID-19, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 (PICK) dan pemulihan ekonomi, ahli Kabinet sepatutnya tidak mengambil sebarang tindakan yang membelakangkan semangat setiakawan, malah seharusnya bersama-sama berganding bahu mengatasi permasalahan negara. 

Mazlan berkata, beliau percaya jika Menteri dan Timbalan Menteri mengamil tindakan tersebut, itu adalah berpunca daripada tekanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 memandangkan persidangan itu dianggap ‘suara berkuasa’, meskipun sebenarnya mereka tiada masalah untuk terus berkhidmat kepada rakyat di bawah kerajaan sedia ada.

“Walaupun memang ahli politik ini sentiasa nak berpolitik, tapi bagi saya dalam situasi negara sekarang, bersatu-padukan dahulu dengan kerajaan, ketepikan sementara hal politik dan fokus kepada ‘perjuangan’ negara sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.