nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PAS tidak pernah pinggir, tolak UMNO

3 APRIL: PAS tidak pernah meminggirkan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN), sebaliknya komited untuk terus berbincang ke arah memperkemaskan hubungan kedua-dua parti.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ruang memperkemaskan penyatuan ummah antara kedua-dua parti masih terbuka.

“Kita akan berusaha memulihkan keretakan yang tercetus selepas surat pengukuhan kerjasama antara BERSATU dan PAS yang ditandatangani bersama oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin tersebar di laman sosial,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Sungai Nerus di Kampung Tanjung Sabtu, di Kuala Terengganu, hari ini.

TUAN IBRAHIM

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga mengakui ramai dalam kalangan ahli kedua-dua parti keliru apabila mengetahui isi kandungan surat berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan surat itu bukan ancaman PAS kepada UMNO, sebaliknya tiga parti itu saling perlu memerlukan untuk mengukuhkan perpaduan ummah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Jika tiga parti iaitu UMNO, PAS dan BERSATU boleh bekerjasama menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), mengapa kita tidak boleh mengekalkan perpaduan menentang dalam PH pada PRU akan datang,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak pernah menolak UMNO dalam MN dan yakin gabungan itu boleh diselamatkan manakala usaha memperkukuhkan hubungan akan terus dilakukan.

Terdahulu, Abdul Hadi Awang menegaskan PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN).

Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri Asia Barat berkata matlamat asal MN adalah untuk masuk ke medan perjuangan bagi membela umat dalam satu negara dengan melibatkan semua golongan atas asas Perlembagaan yang merdeka dan berdaulat.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.

“PAS menolak muafakat tanpa bersatu dan menolak kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

“PAS menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa. Marilah sama-sama menolak ekstremisme dan liberalisme yang merungkaikan ikatan agama dan bangsa,”katanya dalam ruangan Minda Presiden PAS dikongsi di laman Facebooknya, semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.