nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tabung khas NUJM bantu petugas media hilang pendapatan

6 APRIL: Sebuah tabung khas dilancarkan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), hari ini dengan kerjasama Pop Meals, bertujuan membela dan memperjuangkan nasib wartawan serta bekas petugas media tempatan.

Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Patah, berkata, setakat ini lebih 3,000 petugas media kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.

NUJM sendiri, katanya, kehilangan hampir 1,000 ahli daripada Utusan, The Star dan New Straits Times Press (NSTP) sejak 2019.

“Lebih menyedihkan sehingga kini masih ada bekas ahli kami gagal mendapatkan pekerjaan dan terpaksa menggunakan duit simpanan yang semakin menipis, selain bergantung kepada bantuan kerajaan untuk meneruskan hidup.

“Mereka ini mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan yang boleh dilatih semula, justeru menjadi tanggungjawab NUJM untuk mengerakkan usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran kempen Help Journos Re-skill, Enjoy Pop Meals di Pusat Beli-Belah D’Pulze, Cyberjaya, hari ini.

Farah Marshita memaklumkan, menerusi kerjasama dengan Pop Melas itu, NUJM akan menganjurkan bengkel latihan semula bagi memastikan bekas petugas dapat menceburi bidang baharu serta memperluaskan kemahiran dan rangkaian mereka.

Katanya, sebagai permulaan, NUJM mensasarkan seramai 400 bekas petugas media untuk menjalani latihan bakal dianjurkan tahun ini.

“Jika kita berjaya mendapat sumbangan dana daripada pelbagai pihak lain, usaha ini akan diteruskan sehingga tiada lagi bekas petugas media menganggur,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Operasi Pop Meals, Shaik Ali Fikri Bajunid, berkata pihaknya menyumbang wang tunai RM5,000 serta 1,000 voucher tunai bernilai RM10 untuk pembelian makanan Pop Meals kepada ahli NUJM dan petugas media.

Shaik Ali berkata, kerjasama itu adalah sebahagian usaha syarikat terbabit bagi membantu petugas media yang selama ini banyak membantu usahawan dan masyarakat.

“Kita tahu NUJM cuba untuk melatih semula petugas media yang dah lama dalam industri dan Pop Meals anggap mereka adalah rakan kongsi dalam menjayakan usaha ini.

“Pop Meals menyumbangkan wang tunai sebanyak RM5,000 bagi membolehkan NUJM memulakan inisiatifnya, selain potongan RM10 kepada petugas media bagi pembelian Pop Meals, sama ada di kios atau menerusi aplikasi dalam talian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.