nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sukar laksana ‘pilihan raya pecat’

7 APRIL: Cadangan supaya Malaysia menerapkan ‘pilihan raya pecat’ bagi mengatasi masalah apabila wakil rakyat melompat parti, disifatkan sebagai rumit untuk dilaksanakan kerana akan mencetuskan beberapa isu berhubung pentadbiran serta pengendaliannya.

Penganalisis Politik, Dr Mazlan Ali, berkata cadangan itu walaupun kelihatan bernas dan seolah-olah untuk mendapatkan keadilan, pelaksanaannya bakal menimbulkan beberapa kesan merugikan, seperti proses yang membuang masa, menambah beban kerja dan menafikan hak wakil rakyat.

“Nampak macam cadangan menerapkan pilihan raya pecat ini bagus dan mendapatkan keadilan, tetapi harus diingat benda-benda begini akan menimbulkan perkara berkaitan pentadbiran, malah susah serta rumit dibuat.

“Saluran sah untuk menangani masalah berkaitan politik, seperti melompat parti ini sudah sedia ada.

“Sebagai perinciannya, sebelum calon wakil rakyat menerima watikah pelantikan, mereka mesti buat surat perakuan atau janji bahawa jika melompat parti atau melakukan kesalahan tertentu, mereka boleh didakwa di mahkamah,” katanya ketika dihubungi PN BBC, hari ini.

Mazlan berkata, namun jika parti politik mahu mengatasi masalah lompat parti itu melalui ‘pilihan raya pecat’, pendekatan terbabit mungkin mencetuskan persoalan berkaitan hak wakil rakyat.

Katanya, sebagai contoh wakil rakyat bebas yang bertanding atas tiket sendiri, pastinya mempunyai hak peribadi untuk membuat keputusan berhubung masa depan politiknya.

Beliau berkata, walaupun pengundi memilihnya sehingga memperoleh kemenangan di kawasan, wakil rakyat itu boleh menentukan kemajuan hala tuju sendiri kerana tidak bergantung kepada perjanjian parti.

“Bayangkan, calon wakil rakyat bebas ini mungkin melompat parti kerana mahukan platform lebih baik, contohnya menyertai kerajaan dan sebagainya, tak akan pengundi nak laksanakan ‘pilihan raya pecat’ kepadanya.

“Jika bawa ke mahkamah pula akan membuang masa, berapa banyak kes seperti ini perlu dibicarakan, kes mahkamah akan bertambah dan bagaimana mahkamah mahu mendahulukan kes lain, terutama jenayah yang turut memerlukan keadilan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, cadangan itu sepatutnya dikemukakan kepada rakyat untuk dinilai.

“Kadang orang politik ini nak laksanakan benda-benda seperti itu, dia ikut pandangan sendiri saja.

“Isu berkaitan lompat parti ini, bagi saya, membabitkan wakil rakyat yang dipilih pengundi, justeru patutnya bawa kepada masyarakat, rakyat dan orang awam dulu untuk dapatkan maklum balas mereka.

“Buat forum minta pandangan mereka dan pemegang taruh, tengok mereka setuju atau tidak sebelum mengambil tindakan susulan bagi mengelakkan permasalah di masa depan,” katanya.

Semalam, sekumpulan ahli panel di webinar bertajuk Recall Elections: A Solution to Party-Hopping in Malaysia? (Pilihan Raya Pecat: Penyelesaian Kepada Lompat Parti di Malaysia?)’ memberi pandangan sudah tiba masa negara ini menerapkan sistem ‘pilihan raya pecat’ mengatasi bagi masalah yang timbul apabila wakil rakyat lompat parti.

Hasil perbincangan menerusi webinar yang turut disertai ahli politik UMNO dan DAP itu, berpendapat pilihan raya pecat adalah sistem membolehkan pengundi di kawasan pilihan raya memecat wakil rakyat mereka sebelum tamat penggal perkhidmatan.

‘Pilihan raya pecat’ memberi ‘kuasa’ kepada pengundi berdaftar yang tidak berpuas hati dengan wakil rakyat untuk mengemukakan petisyen penyingkirannya dan tidak perlu menunggu lima tahun sebelum mereka dapat mengundi semula.

Menerusi perbincangan itu, wakil mereka mengatakan ahli politik lompat parti adalah sebahagian daripada demokrasi, justeru ada pihak yang melakukannya bukan kerana prinsip politik sebenar, tetapi untuk kepentingan peribadi, sekali gus menjadi masalah kepada negara.

Idea cadangan itu turut diterima Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Sufian walaupun mekanisme untuk pilihan raya pecat dilaksanakan masih diperdebatkan. –  Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.