nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berdasarkan pengalaman, Azmin yakin audio rakaman sahih

11 APRIL: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyakini rakaman audio perbualan antara dua individu yang mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial adalah sahih.

Mohamed Azmin yang merupakan Bekas Timbalan Presiden PKR berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalamannya bekerja dengan Anwar sebelum ini termasuk pernah menjadi Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang itu. 

Menurut beliau, kedua-dua individu dalam rakaman audio itu kini perlu berlaku jujur kepada ahli parti mereka.

“Saya lama berkhidmat dengan Anwar dan pernah menjadi Setiausaha Sulit beliau. Saya yakin itu adalah rakaman sahih yang akan dibuktikan melalui penyiasatan yang akan dilakukan.

“Kita berharap kedua-dua individu ini perlu jujur, sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing,” katanya kepada media selepas hadir menyempurnakan Program Semarak Malaysia Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan di Masjid Gombak Utara, hari ini.

Turut hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas audio perbualan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar yang tersebar sejak Selasa lalu. 

Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai pengkhianatan terbesar kepada partinya dan juga DAP serta AMANAH 

“Saya kira ini adalah pengkhianatan terbesar dilakukan Anwar, bukan sahaja kepada parti sendiri tapi juga kepada anggota komponen Pakatan Harapan (PH) kerana secara sulit menjalankan rundingan dan perbincangan.

“Kita menuntut siasatan segera dijalankan. Ini akan memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk membela diri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.