nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Katil hospital, pusat kuarantin hampir penuh di Kelantan

19 APRIL: Penggunaan katil di hospital dan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kelantan hampir penuh susulan peningkatan kes pandemik terbabit di negeri itu.

Lima PKRC sedia ada sudah mencecah 79 hingga 103 peratus jumlah pesakit, manakala sebuah PKRC yang baru dibuka beberapa hari lalu, kini dipenuhi 33 peratus jumlah pesakit.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata susulan peningkatan jumlah pesakit itu, pihaknya bercadang membuka sebuah lagi PKRC dalam tempoh terdekat, iaitu Dewan Jabatan Belia di Panji di Kota Bahru.

“Jika kes semakin meningkat, terdapat pesakit terpaksa diasingkan di rumah.

“Bagi mengurangkan sampel tertunggak, Jabatan Kesihatan negeri sudah mendapat bantuan daripada makmal di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Makmal Kesihatan Awan Ipoh, Perak,” katanya kepada media, hari ini.

Dr Zaini berkata, jangkitan membabitkan kluster dilaporkan berlaku di tempat kerja, sekolah dan masjid ketika kelas pengajian serta mesyuarat.

Majlis keramaian seperti kenduri, penjara dan komuniti juga, jelasnya, menjadi faktor pendorong peningkatan kes dan kewujudan kluster.

Katanya, sebanyak 23 peratus individu dikesan melalui saringan bergejala dan tidak bergejala, selain dari Zon Merah yang tiada kaitan epidemiologi, malah jumlah peratusan itu menunjukkan jangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Kelantan terus mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.43 setakat semalam, berbanding Rt nasional 1.16,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.