nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2,717 kes baharu COVID-19, 11 kematian direkod

24 APRIL: Kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini terus meningkat dengan 11 lagi kes maut dilaporkan hari ini termasuk dua daripadanya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak berkenaan sekarang ialah 1,426 kes atau 0.37 peratus.

Sembilan lagi pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 hari ini mempunyai sejarah pernah mendapat rawatan pelbagai penyakit kronik termasuk kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang dan dislipidemia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdul berkata Kementerian Kesihatan KKM mengesahkan 2,717 kes baharu positif COVID-19 dikesan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya sekarang  390,252 kes termasukan 93.8 peratus atau 365,900 kes sudah sembuh dan 22,926 kes masih aktif.

Beliau berkata KKM juga mengesahkan bahawa seramai 272 kes masih memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 124 memerlukan memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus kekal sebagai negeri melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 768 kes (28.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 567 kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 570 kes (21 peratus) dan Kelantan sebanyak 518 kes (19.1 peratus).

“Sebanyak 21 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Choh Dua (12 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes).

“Terdapat 11 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lima (5) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Selangor, dua (2) kes di Sabah, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 10 kes melibatkan warganegara dan satu (1) bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata mengesahkan empat lagi kes penularan varian virus COVID-19 South African B.1.351 dikesan di Malaysia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 21 kes sejak Januari lalu.

Beliau berkata perkara itu susulan daripada penemuan 17 kes varian South African B.1.351 yang telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dari bulan Januari sehingga Mac 2021, survelan genomik COVID-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari negeri-negeri di seluruh negara.

“Terkini, melalui survelan genomik yang dijalankan dari 15 April sehingga 23 April 2021, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenal pasti dan mengesahkan kewujudan empat (4) lagi kes tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351, menjadikan jumlah terkini adalah 21 kes.

“Daripada jumlah ini, tiga (3) dilaporkan di daerah Kuala Langat, manakala satu (1) kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu kes COVID-19 yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.