nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan belum bercadang buka pintu sempadan negara-PM

27 APRIL: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan tidak bercadang membuka pintu sempadan negara buat masa ini bagi mengekang kesan penularan COVID-19.

Katanya, terdapat permintaan daripada sesetengah pihak supaya kerajaan membuka pintu sempadan, tetapi perkara itu adalah keputusan amat sukar untuk dilakukan sekarang walaupun langkah terbabit memudahkan pergerakan rakyat dan mampu membantu memulihkan kembali ekonomi negara.

“Sempadan negara kita masih kekal ditutup, walaupun ada rayuan daripada sesetengah pihak supaya dibuka untuk membolehkan pergerakan, kita menimbang daripada pelbagai sudut.

“Mungkin kalau buka terlalu awal akan jadi masalah, tetapi kalau tidak dibuka langsung pun seperti sekarang menjadi masalah.

“Ini pertimbangan agak sukar yang terpaksa saya buat ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tahlil dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Masjid Jamek Simpang 5 Darat, Bukit Gambir, Muar, Johor, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Awal Mei ini, Muhyiddin dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Singapura bagi berjumpa rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong yang dijangka membincangkan kebenaran khas rentas antara kedua-dua negara.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir berkata, beliau khuatir pembukaan pintu sempadan negara akan membawa masuk kes COVID-19 daripada varian baharu yang lebih ganas, seperti terjadi di beberapa negara, termasuk India dan Brazil.

“Malah, dalam mesyuarat MKN semalam, kita buat keputusan untuk menghalang kemasukan warganegara India bagi memastikan varian dari negara itu tidak menjangkiti pula rakyat negara ini dan meletakkan Malaysia dalam keadaan mencabar,” katanya.

Muhyiddin berkata, rentas negeri juga tidak dapat dibenarkan buat masa ini berikutan data diperoleh dan dianalisis, menyaksikan penularan COVID-19 akibat rentas negeri adalah tinggi.

“Berdasarkan data kita kumpul (aktiviti) disebabkan rentas negeri antara faktor menyumbang kepada penularan wabak COVID-19, sebab itu kita masih kawal  tetapi rentas daerah kita benarkan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, menguruskan COVID-19 adalah amanah paling mencabar sejak beliau berada dalam kerajaan dan menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Saya pernah berada dalam banyak pentadbiran kerajaan sejak dulu dan tidak pernah saya saksi serta tanggung beban sebegini. Allah uji saya dan uji kita semua.

“Insya-Allah negara kita akan kembali kepada sedia kala dan menjadi lebih maju serta berjaya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.