nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ziarah Raya Di Sarawak Sehingga 7 Syawal

4 MEI: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan untuk membenarkan sambutan Aidilfitri selama tujuh hari di negeri itu bermula 1 hingga 7 Syawal dengan kehadiran dihadkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

JPBN dalam satu kenyataan media menjelaskan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) sambutan Hari Raya secara terperinci boleh didapati di laman rasmi Majlis Islam Sarawak http://www.mis.sarawak.gov.my.

Mesyuarat berkenaan juga antara aktiviti lain dibenarkan ialah solat sunat Aidilfitri di semua masjid, surau, musala dan premis yang mendapat kebenaran Majlis Islam Sarawak sahaja dan bilangan jemaah dibolehkan adalah berdasarkan had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

“Aktiviti ziarah Hari Raya pula dibenarkan di zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan keluarga terdekat sahaja dengan had pengunjung 50 peratus kapasiti mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

“Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di beberapa kawasan di Sarawak, sembilan lokaliti telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari iaitu di Rumah (Rh) Tiut anak Usit, Sungai Setulan, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Tatau bermula 28 April hingga 11 Mei.

“Selain itu, Rh. Mujah anak Atin, Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (28 April hingga 11 Mei); Rh. Sam anak Sumbang, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (29 April hingga 12 Mei); Rh. Ajah anak Umkar, Sg Serupai Baru, Tatau (29 April hingga 12 Mei); Kuarters Pekerja Forescom Plywood Sdn Bhd, Bintulu (29 April hingga 12 Mei).

“Seterusnya, Rh. Saran anak Belang, Nanga Tau, Tatau (1 hingga 14 Mei); Rh. Nelson anak Gima, Kuala Setiam, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei); Rh. Jungan anak Mitoh, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei); dan Rh. Jembu anak Ensor, Rantau Sukat Roban, Betong (3 hingga 17 Mei),” kata  kenyataan itu.

Dua lagi lokaliti PKPD iaitu Kampung Bungey, Debak di Betong dan Kampung Tanjung, Hulu Saratok pula akan bermula esok hingga 18 Mei.

JPBN Sarawak juga menjelaskan PKPD di Rh. Dinggai, Sungai Amut Atas Lubok Pisang di Pakan dan Rh Jawa, Sungai Kerubong Selalang di Sarikei dilanjutkan hingga 12 Mei.

Sarawak hari ini mencatatkan 620 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 64 peratus daripadanya dikesan di daerah Bintulu, Miri, Kapit, Sibu dan Bukit Mabong menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 32,667.

Sementara itu, empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 dilaporkan di negeri itu hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 188 orang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.