nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

23 lokaliti di Raub dikenakan PKPD 14 hari mulai esok

6 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 23 lokaliti di Raub, Pahang, iaitu masing-masing 16 di Sungai Ruan dan tujuh di Sempalit selama 14 hari, bermula esok.

Lokaliti di Sungai Ruan itu, adalah Taman Dahlia, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Raya, Taman Sungai Ruan, Taman Cempaka, Taman Bunga Matahari, Taman Koperasi Mewah dan Taman Melewar.

Selain itu, Taman Mawar, Taman Mawar Impian, Taman Bunga Tanjung, Taman Bunga Angsana, Taman Melor, Taman Orkid, Rumah Murah Sungai Ruan dan Kampung Baru Sungai Ruan

Di Sempalit pula, lokaliti itu adalah di Kampung Baru Sempalit, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Baru, Taman Sempalit Aman, Taman Sempalit Jaya, Taman Emas dan Taman Emas Baru.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan itu dikenakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM), mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes COVID-19 dalam tempoh 2 minggu membabitkan lokaliti terbabit dengan 65 kes positif direkodkan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di 16 lokaliti di Sg Ruan dan 7 lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang bermula 8 Mei sehingga 21 Mei 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terbabit untuk mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor bagi tempoh sama.

Jelasnya, sehingga kini, KKM menjalankan 212 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 96 didapati positif.

Malah, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor bermula 8 Mei sehingga 21 Mei 2021.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Taman Seri Desa, Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang dijadualkan dilaksana sehingga 13 Mei 2021, akan ditamatkan lebih awal, esok.

Penamatan itu adalah kerana dalam tempoh terbabit, KKM menjalankan 461 ujian saringan dan 12 daripadanya disahkan positif.

Kementerian itu juga, katanya, mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal, manakala kes terakhir direkodkan pada 30 April 2021, iaitu satu kes.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Taman Seri Desa, Kuala Krau, Temerloh, Pahang pada 7 Mei 2021, lebih awal daripada dijadualkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 411 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), semalam dan seramai 408 daripada jumlah itu dikompaun, manakala tiga direman.

Kesalahan paling tinggi direkodkan, katanya, adalah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis, iaitu sebanyak 168.

Bagi kesalahan tiada penjarakan fizikal pula, seramai 61 individu ditahan, selain aktiviti pusat hiburan (56) dan lain-lain (32).

“Kerajaan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan pemantauan pematuhan SOP di negeri dan kawasan panas dikenalpasti di bawah sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).

“Langkah penguatkuasaan agensi penguatkuasaan lain juga akan dipertingkatkan di lapangan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.