nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis Perak semak bayaran tol kesan individu rentas negeri

7 MEI: Polis Perak akan melakukan pemeriksaan baki kad tambah nilai ‘Touch n Go’ di setiap kaunter tiket plaza tol bagi mengesan individu yang cuba merentas negeri untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata langkah berkenaan adalah antara strategi yang akan digunakan bagi menyemak kadar bayaran tol terhadap individu yang cuba mengambil kesempatan merentas negeri.

“Kita akan menyemak kadar bayaran tol, kadang-kadang bagi mengelak dikesan mereka akan masuk tol ini dan keluar tol yang ini.

“Jika kita tengok kadar bayaran tol, contohnya dari Jalan Duta jika tiada surat kebenaran merentas negeri, kita akan mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan mereka berpatah balik,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak Bagi Bulan Mei 2021 di Dewan Serbaguna, Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di Ipoh, Perak hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya tidak dapat membuat tindakan lebih ketat di jalan raya ketika perayaan kerana ia akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Justeru, beliau menasihati setiap individu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya COVID-19 tidak kembali menular tinggi.

“Masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat di kekang sepenuhnya, kerana polis tidak mampu memeriksa setiap orang yang bergerak atas jalan raya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, polis Perak akan berusaha meningkatkan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan kerajaan supaya pergerakan keluar masuk ke daerah dapat dikekang terutama musim cuti sekolah dan perayaan bakal menjelang.

“Kita akan meningkatkan penguatkuasaan sekatan jalan raya di daerah untuk mengekang masyarakat luar masuk ke negeri ini terutama pada hari raya ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.