nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Nazrin bimbang angka kes jangkitan COVID-19 meningkat

11 MEI: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan berhubung bilangan jangkitan pesakit COVID-19 yang menular dengan angka begitu tinggi.

Merujuk maklumat yang dipersembahkan Jabatan Kesihatan Negeri (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN) Negeri Perak serta sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, baginda menzahirkan titah perkenan mengenai beberapa perkara.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkata Sultan Nazrin berkenan membatalkan hasrat untuk berangkat solat sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Ubudiah dan acara jamuan hari raya di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Beliau berkata, baginda turut memperkenankan supaya masjid dan surau mengadakan solat sunat Aidilfitri seperti had ditetapkan KKM dan MKN, dengan kehadiran terhad kepada warganegara Malaysia berusia 12 tahun ke atas.

Solat sunat Aidilfitri boleh diadakan di kawasan lapang dan terbuka, tetapi tidak melebihi 50 orang dengan mematuhi jarak fizikal.

“Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri tidak diadakan di samping tidak melakukan ziarah kubur.

“Bagaimanapun, takbir raya dibolehkan di masjid dan surau, tetapi tidak dibenarkan dari rumah ke rumah,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan, hari ini.

Mohd Annuar berkata, Sultan Nazrin turut mengingatkan rakyat agar memahami tahap keseriusan penularan COVID-19 dan mengambil tanggungjawab membantu memutuskan rantaian jangkitan, selain menunjukkan simpati kepada petugas barisan hadapan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat baginda di samping mendoakan kesejahteraan rakyat serta ketabahan mereka menghadapi ujian Ilahi ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.