nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM mulakan ujian klinikal ubat Ivermectin rawat COVID-19

6 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) sudah memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini belum ada bukti konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19.

“Penggunaan ‘off-label’ Ivermectin meraih perhatian global berikutan ada beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukkan keputusan yang baik.

“Bagaimanapun, setakat ini FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah COVID-19 ke atas manusia.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, yang mana pesakit perlu dipantau dengan teliti oleh doktor pakar dan penyelidik berpengalaman untuk menjamin keselamatan serta keberkesanan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, ujian klinikal perlu diteruskan dengan teliti bagi mengenal pasti peranan Ivermectin dalam merawat COVID-19.

Beliau berkata, KKM dan ICR memulakan ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) yang diketuai pakar Penyakit Berjangkit Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dengan dibantu sepasukan pakar dan penyelidik Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di 12 hospital di bawah KKM.

Dr Noor Hisham berkata, ujian itu diluluskan oleh Jawatankuasa Kajian dan Etika Perubatan pada 25 Mei yang menyaksikan perbandingan antara rawatan Ivermectin (dos tertentu dengan tempoh tertentu) dengan rawatan standard semata-mata.

Beliau berkata, kajian itu akan membabitkan 500 subjek daripada kumpulan berisiko tinggi berusia 50 tahun dan ke atas yang dimasukkan ke hospital KKM dengan gejala ringan atau sederhana COVID-19 (kategori dua hingga tiga).

“Kajian itu bertujuan menentukan keberkesanan Ivermectin dalam mencegah COVID-19 daripada menjadi lebih serius (kategori empat dan lima) dan mengurangkan kematian.

“ICR menubuhkan Lembaga Pemantauan Data (DMB) merangkumi doktor biasa yang bebas, ahli farmasi ujian klinikal serta pakar metodologi.

“Ia bertujuan melindungi pesakit yang diuji dari segi keselamatan dan keberkesanan produk penyelidikan seperti ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya.

Beliau berkata, kajian itu dimulakan pada 31 Mei lalu dan setakat ini lapan pesakit telah didaftar dalam ujian klinikal berkenaan yang dijangka selesai menjelang September depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.