nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP 3.0: Sultan Perak perkenan dana khas RM14.6 juta

10 JUN: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan dana khas bantuan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 berjumlah RM14.6 juta yang disalurkan menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Yang Dipertua MAIPk, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkata dana itu bertujuan membantu mereka yang terjejas akibat COVID-19 dan susulan PKP 3.0.

Katanya, dana itu termasuk bantuan kelangsungan hidup untuk meringankan kesulitan dihadapi rakyat yang kehilangan sumber pendapatan.

“Tajaan turut membabitkan pembelian peralatan rawatan dan perubatan, pakej tablet, data internet kepada usahawan dalam kalangan asnaf dan pelajar daripada keluarga miskin.

“Bantuan juga disalurkan kepada pelajar di sekolah dan pusat tahfiz, institut pengajian tinggi (IPT) tempatan dan di luar negara, petugas keselamatan di barisan hadapan, rumah anak yatim, rumah orang tua, warga emas, pusat gelandangan dan peruntukan mempercepatkan program vaksinasi kepada kumpulan sasar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Annuar berkata, Sultan Perak peka terhadap kebajikan petugas keselamatan di barisan hadapan dan menitahkan MAIPk menyediakan dana khas bantuan bagi membiayai keperluan mereka.

Jelasnya, penyaluran turut merangkumi bantuan kecemasan kelangsungan hidup berjumlah RM10.9 juta untuk ketua isi rumah (KIR) dan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau atas sebab munasabah.

Pada masa sama, katanya, bantuan itu membabitkan tajaan peralatan kesihatan dan perubatan berjumlah RM606,000 berbentuk peralatan rawatan dan perubatan yang diperlukan segera Jabatan Kesihatan Perak bagi kegunaan petugas medan di barisan hadapan.

“Sumbangan untuk petugas barisan hadapan COVID-19 berjumlah RM400,000 juga akan disalurkan melalui agensi berkaitan untuk keperluan kebajikan petugas barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata, turut diumumkan menerusi dana itu adalah bantuan pakej tablet dan data internet bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan secara dalam talian serta untuk pelajar sekolah yang berjumlah RM1.5 juta.

Menerusi perkenan itu, katanya, Sultan Nazrin turut mengumumkan pemberian tablet dan data internet kepada usahawan daripada kalangan asnaf dan pelajar tingkatan 5 daripada kalangan KIR fakir miskin.

Bantuan kebajikan berjumlah RM200,000, katanya, turut disalurkan menerusi dana itu kepada anak Perak yang belajar di luar negara, termasuk Mesir, Jordan dan Indonesia.

“Sumbangan kepada pusat jagaan anak yatim, rumah orang tua dan warga emas Islam pula membabitkan RM400,000 sebagai bantuan operasi, manakala tajaan bekalan makanan RM200,000 disalurkan untuk pelajar IPT dan sekolah serta maahad tahfiz di Perak yang perlu menginap di tempat pengajian semasa tempoh PKP.

“Dana ke pusat gelandangan sementara di bawah kendalian kerajaan negeri pula disalurkan sebanyak RM200,000,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Annuar berkata, bagi Program Vaksinasi COVID-19 MAIPk, sebanyak RM200,000 diperuntukkan.

“Rizab turut disediakan untuk membiayai belanja vaksinasi kepada kumpulan yang dikenal pasti perlu disegerakan mendapat vaksinasi.

“MAIPk turut memberi pengecualian bayaran sewa dan pajakan hartanah wakaf berjumlah RM98,000 dan hartanah Baitulmal berjumlah RM50,000 di premis miliknya bagi Jun 2021,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.