nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MAIWP, YADIM sedia tuala wanita galak kesedaran ‘kemiskinan haid’

13 JUN: Bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran semua pihak berhubung isu kemiskinan haid membabitkan wanita, Kedai Rakyat MAIWP serta YADIMart, kini menyediakan tuala wanita percuma.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata usaha dijalankan kedua-dua premis terbabit juga bertujuan membantu wanita yang tidak berkemampuan membeli tuala wanita.

“Kemiskinan haid adalah isu global dan turut memberi kesan kepada kelompok miskin bandar di Malaysia.

“Sebagai permulaan, Kedai Rakyat MAIWP di bawah kendalian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YADIMart milik Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menyediakan tuala wanita percuma.

ZULKIFLI berharap kempen kesedaran kemiskinan haid dapat digiatkan lagi dalam kalangan masyarakat.

“Usaha dan kempen kesedaran seperti ini perlu terus digiatkan dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya, malam tadi.

Zulkifli berkata, individu yang benar-benar memerlukan produk itu boleh mendapatkannya di premis berkenaan.

“Boleh dapatkan di rak Gerobok Rezeki di Kedai Rakyat MAIWP dan Bank Makanan di YADIMart,” ciapnya.

Sebelum ini, menerusi kenyataannya, Zulkifli berkata, kos pembelian tuala wanita untuk diletakkan di Kedai Rakyat MAIWP diperoleh menerusi kutipan zakat, manakala YADIMart melalui hasilnya.

“Jangan kita lupa isu #kemiskinanhaid yang semakin membarah. Kita bantu mereka yang tidak berkemampuan membeli tuala wanita dengan menyediakan tuala wanita mencukupi di Gerobok Rezeki.

“Ambillah sekadar perlu. Moga dapat meringankan beban kesempitan hidup dilalui. Hari ini mereka mengambil barangan di rak, sampai masanya nanti mereka pula menyumbang di rak sama. 

“Itulah budaya #KemakmuranBersama yang kami usahakan. Terima kasih pembayar zakat!,” katanya.

Buat masa ini, jelasnya, Kedai Rakyat MAIWP dibuka di Presint 5 dan Presint 9, Putrajaya serta Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Selain itu, Zulkifli berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menyumbang kepada usaha YADIMart dengan melayari pautan

https://yadim.com.my/v2/pilihan-infaq/… atau salurkan ke akaun Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui akaun Maybank bernombor 5660 1062 5428.

“Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai,” ciapnya.

Berkonsepkan Gerobok Rezeki, Kedai Rakyat MAIWP diperkenalkan MAIWP bagi membolehkan orang ramai membeli barangan runcit dan meletakkannya di rak bank makanan disediakan di premis berkenaan, malah pelanggan boleh memilih tidak mengambil baki serta menyumbangkannya untuk pembelian barangan yang kemudian diletakkan di situ.

Manakala YADIMart yang memfokuskan penjualan produk bumiputera dan halal demi menggerakkan dakwah dalam bidang ekonomi serta perniagaan, turut membuka sudut bank makanan di premis itu kepada individu memerlukan.

Isu kemiskinan haid bukan semata-mata ketidakupayaan mendapatkan tuala wanita, malah membabitkan aspek lain, seperti akses kepada air bersih, sabun atau produk kebersihan di tandas awam. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.