nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KeTSA Sokong Usaha Kerajaan Pahang Pelihara Tasik Chini 

20 JUN: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sebagai national focal point bagi program Man and the Biosphere (MAB) di bawah Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), akan sentiasa menyokong usaha dan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara tapak rizab biosfera Tasik Chini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, dalam mencapai usaha tersebut, KeTSA sentiasa menekankan kepentingan memelihara kelestarian kawasan tapak rizab biosfera Tasik Chini bagi menyokong usaha-usaha mempertahankan pengiktirafan ini.

Menurut beliau, dasar dan hala tuju telah ditetapkan dalam memastikan pengurusan dan pembangunan sumber-sumber asli dilaksanakan secara bertanggung jawab dan mampan.

“Di antara komitmen Kerajaan Negeri Pahang ialah, memperluaskan Hutan Simpan Chini kepada 6,000 hingga 7,000 hektar, mempergiatkan pemuliharaan kawasan Tasik Chini, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu, menghentikan aktiviti melombong di kawasan Tasik Chini serta mempertahankan status tapak biosfera UNESCO dilaksanakan. 

“Diharapkan dengan adanya inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang, pengiktirafan Tasik Chini sebagai tapak rizab biosfera MAB dapat terus  dipertahankan. Pihak Sekretariat UNESCO Paris telah memberikan tempoh sehingga tahun 2022 untuk penilaian semula status tapak rizab biosfera Tasik Chini. 

“Sebagai tapak rizab biosfera yang pertama di Malaysia, pengurusan Tasik Chini menjadi kayu pengukur kepada pengurusan semua khazanah alam semula jadi negara.

“KeTSA akan terus memberikan kerjasama dan menyokong Kerajaan Negeri bagi memastikan khazanah negara bernilai tinggi ini terpelihara demi faedah generasi masa kini dan akan datang, “katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Terdahulu, Kerajaan Negeri Pahang  komited memulihkan Tasik Chini bagi memastikan kelestarian alam sekitar tasik itu terus terpelihara.

Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pada 13 Mac 2019, kerajaan negeri bersetuju mewartakan Taman Negeri Tasik Chini seluas 4,600 hektar sebagai Hutan Simpan Chini bagi memastikan kawasan hutan itu dipelihara. 

Beliau berkata, berkata, kerajaan negeri komited melaksanakan aspek pemulihan dan pemuliharaan Tasik Chini yang diisytiharkan sebagai tapak rizab Biosfera oleh UNESCO pada 2009.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar menegaskan pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan seperti Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Rizab Perlindungan mahupun kawasan yang telah diwartakan secara khusus seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). 

“Bagi maksud ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan mengeluarkan sebarang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi permohonan dalam kawasan-kawasan berkenaan. 

“Manakala kelulusan untuk kawasan selain daripada itu adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan teknikal yang dapat menyediakan suatu tempat kerja yang selamat dan tidak membahayakan komuniti bersebelahan merangkumi flora dan fauna,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.