nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Desakan dedah agenda sebenar disebalik kegelojohan

22 JUN: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, pihak yang pernah mentadbir negara sepatutnya memahami proses bagaimana urusan memanggil sidang Parlimen.

Beliau berkata, pihak terbabit sepatutnya lebih tenang dalam memberikan pandangan mengenai perkara berkenaan.

“Ugutan yang tidak kena pada tempat akan memakan diri dan menampakkan agenda sebenar di sebalik kegelojohan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, mendesak kerajaan menghormati pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Jun lalu supaya sidang Parlimen diadakan segera.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menggesa supaya kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, bermula semalam, malah beliau berkata kegagalan untuk berbuat demikian dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz pula menggesa Biro Disiplin UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) mempertimbangkan menggantung jawatan Ahmad Zahid sebagai Presiden parti ekoran beberapa tindakannya dilihat melanggar ketetapan parti.

Menurut Nazri, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu disiasat segera Biro Disiplin UMNO dan diambil tindakan tatatertib kerana terdapat tiga bukti jelas menunjukkan beliau melanggar ketetapan parti.

Jelasnya, tindakan Ahmad Zahid  mengutuskan surat menyatakan sokongan kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu kepada Yang di-Pertuan Agong pada tahun lalu, tanpa pengetahuan majoriti ahli Parlimen.

“Bukti kedua pula adalah kesahihan rakaman audio perbualan beliau dengan Anwar berkaitan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), sedangkan keputusan PAU sudah menetapkan pendirian ‘No Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), No Anwar dan No DAP’.

“Bukti yang terakhir pula adalah tindakan terkini beliau yang memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mendesak sidang Parlimen dibuka dalam tempoh 14 hari, tanpa merujuk kepada MKT dan ahli-ahli Parlimen UMNO terlebih dahulu,” tegas Nazri. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.