nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Reset’ Sistem Pemerintahan Negara

11 JULAI: Sudah sampai masanya Malaysia menekan butang ‘reset’ bagi memformatkan semula negara, di mana peranan politikus perlu diminimumkan dengan memberi keutamaan kepada peranan agamawan, teknokrat dan masyarakat sivil.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata dengan cara tersebut, matlamat mengekalkan kuasa tidak lagi akan menjadi agenda utama dan rakyat didahulukan.

Beliau yang memberikan pandangan terhadap perkara itu kerana kebimbangannya berasaskan kepada polemik yang sedang dihadapi negara, khususnya melibatkan perkara keselamatan kesihatan dan ekonomi negara pada tahap meruncing.

ZAINUL RIJAL

“Dari sudut undang-undang, ‘Reset Malaysia’ boleh dilakukan dengan meneliti semula peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan memberi tafsiran tepat mengenainya. Malaysia perlukan perubahan dalam sistem pemerintahan.

“Kita akur Yang di-Pertuan Agong ialah eksekutif sebenar bagi Persekutuan, Jemaah Menteri hanya menjalankan fungsi eksekutif Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

“Moga ada sinar perubahan di Malaysia. Kita perlu tahu membezakan cahaya daripada kegelapan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Zainul Rijal menegaskan rakyat dan ahli politik perlu lakukan anjakan paradigma agar mereka sedar memiliki kuasa bukanlah suatu tasyrifan (kemuliaan) tetapi semata-mata taklifan (kebertanggungjawaban) kepada negara.

Jika hakikat itu diinsafi, beliau berkata, negara akan terselamat daripada mara bahaya di samping rakyat sudah muak dengan mainan politik sebegini kerana kesejahteraan rakyat dan negara tidak diberi keutamaan. 

“Dalam kalangan orang politik, kuasa sangat penting. Sebab itulah, bagi yang berada di tampuk kuasa, mereka mahu mempertahankannya dan bagi mereka yang tidak memiliki kuasa, mereka mahu merampasnya.

“Jika pun berlaku perubahan kerajaan, ia masih tidak menjadi kerajaan yang kukuh. Mainan sama akan dilakukan lagi. 

“Jika berlaku pilihan raya umum, tiada jaminan kerajaan dipilih akan menjadi kerajaan yang kuat. Natijahnya, fenomena yang sama akan berulang dan sampai bila ia akan berterusan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.