nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Apa yang Zahid, Najib mahu?

SUASANA politik Malaysia hari ini sudah pasti memualkan ramai rakyat biasa. Yang menyedihkan, kita menjadi huru-hara hanya kerana karenah dua orang iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Saya fokuskan kepada Najib dan Zahid sahaja kerana bagi saya sebenarnya politik negara akan stabil jika bukan disebabkan oleh dua orang ini.

Saya katakan politik negara sebenarnya stabil kalau bukan kerana Zahid dan Najib atas dua sebab.

Sebab pertama: kerja membangkang oleh parti pembangkang bukan menggugat kestabilan tetapi bangkangan mereka adalah sebahagian daripada demokrasi dan merupakan lambang demokrasi kita yang semakin matang. 

Sistem demokrasi Westminter yang kita amalkan bermula daripada United Kingdom. Di sana pembangkang dikenali sebagai “Her Majesty’s Most Loyal Opposition”. Maksudnya, mereka membangkang atas dasar taat kepada Raja dan bangkangan mereka adalah untuk berlumba-lumba menjadikan negara lebih baik. 

Maka di Malaysia ini, pembangkang juga mempunyai peranan yang penting.  Salah satu peranan itu ialah membuktikan bahawa kerajaan tersalah langkah dan mencadangkan idea lain. Itu antara elemen semak imbang sistem demokrasi Westminster amalan kita.

Kes mahkamah berkaitan Zahid masih berjalan.

Maka peranan membangkang yang dimainkan oleh PH memang wajib untuk mereka lakukan. Ia tidak menggugat kestabilan, tetapi merupakan pelengkap kepada demokrasi.

Sebab kedua: ramai pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya yang sebenarnya mahukan perpaduan Melayu-Islam dijaga. Ahli parlimen UMNO ramai yang mengisytiharkan mereka mahu kekal dalam kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Manakala ahli-ahli UMNO pula menyokong tanpa pindaan usul untuk mengekalkan kerajaan pimpinan Melayu-Islam ini dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Maksudnya, akar umbi UMNO itu memang sentiasa kekal dengan perjuangan agama, bangsa dan negara. Mereka tegas menolak Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar agama, bangsa dan negara. Dengan itu, UMNO secara nalurinya memang sepatutnya serasi dengan BERSATU dan PAS dalam kerajaan PN.

Dengan dua sebab itu, sebenarnya langsung tidak ada sebab untuk kerajaan ini menjadi tidak stabil. Tetapi kita menjadi tidak stabil kerana sikap dua orang, iaitu Zahid dan Najib.

Saya tidak faham apa yang Zahid dan Najib mahukan lagi. 

Jika agenda politik Zahid dan Najib ialah agama, maka kerajaan ini sudah ada dianggotai oleh parti dan individu-individu yang sukar diragui komitmen mereka terhadap Islam.

Jika agenda politik Zahid dan Najib ialah Melayu, maka kerajaan ini adalah kerajaan yang pertama kali menyatukan semua parti politik Melayu besar dalam negara. Tidak pernah wujud kesatuan dan perpaduan Melayu-Islam sebegini dalam sejarah negara sejak kita Merdeka.

Jika agenda politik Zahid dan Najib ialah rakyat, maka kerajaan ini sedang memberikan sejumlah dana yang amat besar kepada rakyat. Malahan jumlah itu tiada bandingannya dalam sejarah negara juga. 

Tindakan-tindakan Zahid dan Najib memang pelik. 

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ada pemimpin UMNO yang mengatakan kerajaan yang dianggotai UMNO itu sendiri gagal. Hingga ke tahap memperlekehkan Menteri dari UMNO. 

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ada Presiden UMNO mengisytiharkan mahu menaikkan Ketua Pembangkang sebagai Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan yang dianggotai UMNO.  

Sebab itu saya tidak faham apa Zahid dan Najib mahu. Kalau ikhlas mahu bela rakyat, bela agama, bela negara, maka aturkanlah gerak kerja melalui pemimpin UMNO yang sebegitu ramai dalam kerajaan. 

Bagaimanapun, saya ada satu ramalan mengenai motivasi sebenar Zahid dan Najib. Mungkin betul, mungkin salah. Tetapi saya berpandangan ada kepentingan peribadi mereka yang Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan penuhi. Ini ramalan saya sahaja.

Saya boleh bayangkan betapa Najib dan Zahid kini amat terdesak kerana kes-kes di mahkamah yang mereka hadapi. Najib sudahpun didapati bersalah. Zahid pula kemungkinan besar akan didapati bersalah. Kedua-duanya menunggu tarikh berpindah ke penjara.

Tetapi Muhyiddin teguh berpegang dengan prinsip kebebasan mahkamah. Akibatnya sudah pasti Najib dan Zahid akan melakukan apa saja untuk mengelak masuk penjara. 

Mungkin Zahid dan Najib telah berjumpa Muhyiddin dan berhujah bahawa kononnya dulu semasa PH, ada pemimpin seperti Lim Guan Eng dilepaskan. Tapi Zahid lupa bahawa masa PH dulu, Muhyiddin bukan Perdana Menteri. 

Ketegasan Muhyiddin berbeza. Muhyiddin seorang yang tegas mahu tegakkan “rule of law” dan tidak mencampuri urusan mahkamah. Muhyiddin mahu tadbir urus yang berintegriti. 

Dengan senario sebegitu, amat malang sekali seluruh iltizam UMNO terhadap agenda penyatuan bangsa Melayu sanggup digadaikan semata-mata untuk kepentingan peribadi Najib dan Zahid. 

Jika bukan disebabkan kepentingan peribadi Najib dan Zahid, negara kita ini akan harmoni. Perikatan besar yang menggabungkan tiga parti Melayu terbesar dalam negara pasti boleh membawa kestabilan demi manfaat seluruh rakyat berbilang bangsa, terutama dalam memerangi wabak COVID-19.   

Adam Aiman Abdullah merupakan seorang penganalisis politik yang pernah berkhidmat di beberapa institusi kajian di England, Singapura dan Malaysia.  

Get real time updates directly on you device, subscribe now.