nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan tegas individu pulang beraya

17 JULAI: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung sempena perayaan Aidiladha, Selasa ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata kebenaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai urusan kecemasan.

“Saya percaya semua sekatan jalan raya (SJR) yang diaturkan ketua polis negeri (masing-masing) dan (semua) ketua polis daerah sudah bersedia untuk mengawal rentas daerah serta negeri.

“Rakyat perlu mematuhi arahan kerajaan, mana yang degil, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan orang awam dikatakan merentas negeri untuk pulang sempena sambutan Aidiladha kali ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata keadaan aliran trafik di SJR Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan ketika ini dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan.

“Mereka yang melalui SJR ini mempunyai dokumen sama ada untuk urusan pengambilan vaksin atau mereka yang mempunyai surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Jika berlaku sedikit kesesakan adalah perkara biasa disebabkan petugas kami membuat pemeriksaan secara lebih terperinci membabitkan dokumen yang mereka miliki,” katanya selepas membuat tinjauan di Plaza Tol Bentong, Pahang.

Di Kota Bharu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah, berkata keadaan semasa trafik memasuki negeri itu terkawal walaupun berlaku peningkatan lima peratus jumlah kenderaan seperti dilaporkan semalam.

Beliau berkata, peningkatan itu hanya berlaku di pintu sempadan di Jeli iaitu kenderaan datang dari arah utara, manakala trafik di Gua Musang dan Pasir Puteh sama seperti hari biasa dalam tempoh pelaksanaan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), ketika ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.