nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hutan terbakar, 4 maut 180 lagi cedera di Turki

30 JULAI : Kebakaran hutan yang merebak merentasi wilayah peranginan Mediterranean di pantai selatan Turki telah menyebabkan lebih 180 orang cedera manakala empat orang dilaporkan maut.

Pejabat kecemasan dan bencana Turki memaklumkan bahawa tiga mangsa, termasuk seorang individu berumur 82 tahun yang tinggal sendirian, terkorban dalam kejadian berkenaan.

Seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan maut di Marmaris ketika cuba memberikan bantuan.

Kebakaran awal dilaporkan tercetus di sebuah pusat peranginan terkenal, khususnya dalam kalangan pelancong Russia dan Eropah Timur yang lain, terletak kira-kira 75 kilometer (km) timur Antalya.

Namun, api terus marak sehingga merebak menghampiri kawasan pantai yang dipenuhi hotel dan resort.

Paparan rakaman menerusi media sosial dan televisyen negara ini menunjukkan penduduk berlari menyelamatkan diri dengan meredah kepulan asap tebal di jalan raya yang diterangi api marak.

Sekurang-kurang 183 mangsa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, setakat ini.

Lebih 4,000 anggota bomba dikerahkan ke seluruh wilayah terbabit bagi membantu operasi memadamkan kebakaran berkenaan dan menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, pihak polis pula sedang giat menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran hutan yang didakwa disebabkan perbuatan khianat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.