nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Raja Melayu Bersidang Petang ini Bincang Pelantikan PM Baharu

20 OGOS : Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini pada yang dianggarkan pada jam 2.30 petang ini dijangka membincangkan isu pelantikan perdana menteri dan pembentukan Kabinet baharu. 

Mesyuarat tersebut dilihat sebagai proses akhir sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menentukan pemimpin politik yang benar-benar layak dilantik sebagai perdana menteri kesembilan. 

Dilaporkan, Seri Paduka dijangka mendedahkan calon berkenaan daripada pelbagai parti politik selepas proses undian semua ahli Parlimen dilakukan dengan menyerahkan surat akuan kepada Istana Negara mengenai calon ketua kerajaan yang disokong mereka. 

Semalam, Seri Paduka berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta ahli Parlimen bebas yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Mereka menyembah maklum secara lisan melalui kaedah fizikal dan hanya GPS memaklumkan sokongan mereka secara dalam talian kepada Seri Paduka Baginda dalam waktu berlainan dan sesi itu selesai kira-kira pukul 4 petang semalam. 

Pun begitu, pihak pembangkang dilaporkan tidak mendapat jemputan sama selepas tamat proses undian semua ahli Parlimen, Rabu lalu untuk menyatakan calon Perdana Menteri pilihan yang dihantar melalui emel ke Istana Negara. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan dilantik aebagai Perdana Menteri ke 9 setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Ini kerana berdasarkan temu bual media bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata janya kumpulan yang melebihi paras kemenangan sahaja dijemput ke Istana Negara

Beliau turut berkata, pertemuan 114 ahli Parlimen kerajaan bersama Seri Paduka untuk memastikan mereka tidak menyokong Ismail Sabri semasa di bawah tekanan sekali gus mengesahkan kandungan surat akuan tersebut. 

Berdasarkan pemerhatian terkini, Ismail Sabri dijangka mendapat sokongan majoriti seramai 114 ahli Parlimen berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat 105 sokongan wakil rakyat. 

Muhyiddin dan seluruh Kabinet baru-baru ini telah menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Seri Paduka selepas 15 ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka. 

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kemudian dilantik sebagai ketua kerajaan sementara atau caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.