nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: 22,399 kes sembuh tertinggi

3 SEPT: Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh COVID-19 tertinggi iaitu 22,399 kes yang berjaya melepasi kes baharu jangkitan COVID-19 iaitu 19,378 kes, setakat tengah hari tadi. 

Lebih melegakan, jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) turut menunjukkan penurunan di bawah paras 1,000 kes iaitu 975 kes serta 463 memerlukan bantuan pernafasan iaitu mencatatkan penurunan di bawah paras 500 sejak 30 Ogos lalu. 

Pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut mengesahkan, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) negara secara keseluruhan mencatatkan bacaan kurang dari 1.0 selama dua hari berturut-turut dan diharapkan akan terus menunjukkan trend penurunan. 

Menurut beliau, ini merupakan petanda positif kerana meskipun lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka kebelakangan ini, keadaan kelihatan terkawal dan menunjukkan ianya bertambah baik secara perlahan. 

“Situasi COVID-19 dalam negara diharap terus berkembang baik setara dengan peningkatan kadar vaksinasi di samping pematuhan terhadap SOP dan amalan norma baharu.

NOOR HISHAM

“Jika dilihat daripada 19,378 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 332 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,046 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 8,847 kes (45.7 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,638 kes (23.9 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 5,893 kes (30.4 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap,” katanya menerusi kenyataan media perkembangan harian COVID-19, hari ini. 

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan jumlah kematian COVID-19 hari ini mencatatkan kembali peningkatan apabila merekodkan 330 kes berbanding semalam 249 kes.

“Daripada jumlah itu, 268 merupakan warganegara manakala 62 warga asing menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 setakat ini adalah sebanyak 17,521 atau 0.97 peratus daripada keseluruhan kes,”katanya.

Sementara itu, Noor Hisham mengesahkan sebanyak 34 kluster baharu dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu, 20 daripadanya adalah kluster berkaitan tempat kerja, lapan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu masing-masing kluster pendidikan tinggi serta keagamaan. 

Beliau berkata, bagi kluster tempat kerja, tujuh direkodkan di Johor iaitu Industri Permas Barat, Tapak Bina Lebuh Kota Iskandar, Jalan Tembaga Ulu Pulai, Jalan Kulai Kota Tinggi, Jalan Sri Sulong Empat, 

Jalan Padang Lalang Tangkak dan Industri Desa Tropika Satu manakala Kuala Gris serta Jalan Maju Kota Bharu adalah di Kelantan. 

“Di Selangor, lokaliti terlibat adalah Industri Dua Jalan Empat Olak Lempit, Tapak Bina Putra Perdana, Industri Meranti Perdana serta Industri Jalan Segenting dan selebihnya Tapak Bina Tanjong Pinang serta Industri Jalan Kampung Jawa, Pulau Pinang; Industri Batu Dua, Negeri Sembilan; Industri Batu Tiga, Pahang; Jalan Bandar Intan Perak dan Sawit Gelasah di Sarawak. 

Bagi kluster komuniti, lokaliti terlibat adalah Kampung Mentera Banggu, Kampung Machang Gocoh Hilir, Kampung Limau Purut Hilir di Kelantan; Batu Gajah Merlimau, Melaka; Kampung Pian, Pahang; Kampung Changkat Belulang, Perak; Nanga Tapih dan Kampung Panggil di Sarawak. 

“Bagi kumpulan berisiko tinggi, lokaliti terlibat adalah Jalan Prima Pelangi, Kuala Lumpur; Lorong Impian Enam, Pulau Pinang; Batu 30 Kuala Kangsar, Perak dan Jalan Padi di Johor. Selain itu, Jalan Masuri di Sarawak dan Kampung Banggol Pak Awang Kelantan merupakan kluster pendidikan tinggi dan keagamaan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.