nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM tetapkan 26 KPI dalam tempoh 100 hari

4 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan 26 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk dicapai dalam tempoh 100 hari pertama merangkumi pengurusan pandemik COVID-19, penambahbaikan sistem kesihatan, isu kesihatan mental dan penyakit tidak berjangkit.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KKM juga ingin menyelesaikan isu berkaitan kekeliruan prosedur operasi standard (SOP), kadar vaksinasi, dos penggalak, ketelusan urus tadbir pandemik, penggunaan ubat Ivermectin dan penjualan kit saringan sebelum akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga tidak meminggirkan isu lain seperti kesihatan mental, petugas perubatan kontrak, NCD dan pembangunan kesihatan kanak-kanak.

“Sebagai kementerian tunggal bertanggungjawab memerangi COVID-19, KKM pasti menjadi tumpuan rakyat dalam tempoh 100 hari ini dan sudah tentu rakyat mahu melihat langkah diambil bagi mengawal penularan pandemik serta memastikan nyawa rakyat dapat dilindungi.

“Antara KPI ditetapkannya ialah membuat persiapan bagi menghadapi COVID-19 sebagai endemik tidak lama lagi, iaitu untuk hidup secara selamat bersama virus SARS-CoV-2 apabila negara mencapai imuniti kelompok,” katanya.

KKM juga akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk mengeluarkan SOP lebih mudah, jelas untuk difahami dalam tempoh endemik.

Selain itu, beliau berkata, inokulasi untuk golongan berusia 12 hingga 17 tahun dijangka mula dilaksanakan seawal minggu depan.

“Harapan saya, dalam tempoh 100 hari ini, seramai mungkin remaja memperoleh vaksin supaya awal tahun depan apabila sesi persekolahan bermula, mereka (pelajar) sudah dilengkapi suntikan imunisasi,” katanya.

KKM juga menyasarkan liputan pemberian vaksin dos lengkap kepada individu dewasa menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai kadar 80 peratus dalam tempoh itu.

Memastikan bilangan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) mencukupi mengikut keperluan dan menambah bilangan katil bagi menampung peningkatan kes, memastikan fasiliti kesihatan yang mempunyai silinder oksigen yang mencukupi berdasarkan keperluan.

Bagi kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in dead’ (BID), Khairy bertekad mengurangkan kadar insiden itu daripada purata 21 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian ketika ini, kepada bawah paras 15 peratus.

Kementerian juga bercadang menambah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) secara maya di lima negeri, iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.

Turut dalam perancangan adalah suntikan dos ketiga atau dos penggalak yang dijangka dapat dimuktamadkan tahun ini dan dilaksanakan awal tahun depan.

Beliau berkata, keputusan mengenai pemberian vaksin jenis sama (homologus) atau berbeza (heterologus) untuk suntikan dos penggalak juga akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Malah, kajian ujian klinikal mengenai keberkesanan ubat Ivermectin dalam mencegah kemerosotan penyakit COVID-19 ke kategori 4 atau 5 juga akan dikeluarkan supaya polemik mengenainya dapat dihentikan.

“Kita akan turut menghasilkan aplikasi versi Beta, untuk kesan COVID-19 melalui batuk dengan membangunkan pangkalan data suara, alat pengumpulan dan pemeriksaan suara berasaskan web dalam talian serta model kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Turut disenaraikan adalah untuk menambah 100 peratus bilangan kit ujian pantas (RTK) antigen kendiri yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) daripada 14 jenis (ketika ini) kepada 28.

Bagi meningkatkan keyakinan rakyat dan aspek ketelusan, Khairy berkata, data terperinci mengenai vaksin dan kes COVID-19 akan dimuat naik di saluran perkongsian maklumat terbuka, Github mulai minggu depan.

KKM juga akan mengumumkan Dasar Pengesanan dan Saringan Kebangsaan dalam fasa endemik, supaya jelas berapa kali dan dalam keadaan apa kena buat ujian serta aktiviti apa yang memerlukan prasaringan.

“Satu ciri baharu dalam MySejahtera akan dibangunkan untuk individu melaporkan kesan berpanjangan akibat virus ini, sekali gus membolehkan pakar perubatan memantau dan memberikan nasihat sewajarnya.

“Golongan rentan atau B40 akan terus diberikan perlindungan dalam fasa endemik, termasuk bekalan kit RTK kendiri secara percuma dan ini akan dilakukan menggunakan maklumat pendaftaran daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.