nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Baru Bian Positif COVID-19, Tak Hadir Sidang Parlimen Esok

12 SEPT: Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula esok kerana telah disahkan positif jangkitan wabak COVID-19. 

Beliau berkata, saringan Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) menunjukkan beliau positif COVID-19 pada malam Jumaat, 10 September 2021.

Baru memaklumkan, ujian saringan itu dilakukan Baru adalah sebahagian daripada prosedur yang diwajibkan sebelum persidangan Dewan Rakyat.

“Saya dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching hari ini untuk menghadiri persidangan Parlimen bermula esok.

“Namun, saya didapati positif COVID-19 ketika saya menjalani ujian wajib RT-PCR pada malam Jumaat, 10 September 2021 iaitu tiga hari sebelum persidangan Parlimen.

“Saya diminta menjalani kuarantin hingga 21 September 2021, jadi saya mesti tidak hadir di Parlimen sehingga kuarantin selesai,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook miliknya, hari ini. 

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan itu menjelaskan, beliau hanya mengalami gejala ringan, selesema dan demam yang ringan.

Sementara itu, Baru turut menggesa orang ramai mendapatkan vaksinasi COVID-19 yang diyakini boleh membantu menyelamatkan nyawa pesakit wabak tersebut.

“Saya yakin vaksinasi yang saya terima beberapa bulan lalu telah mencegah simptom serius yang memerlukan rawatan di hospital. 

“Saya sangat menggesa mereka yang belum diberi vaksin untuk mendapatkan vaksin. Ia dapat menyelamatkan nyawa anda,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.