nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

5 penumpang dikesan positif sebelum terbang ke Langkawi

6 SEPT: Lima individu tidak bergejala disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semasa menjalani ujian RTK-Antigen (RTK-Ag) di pintu masuk udara ketika mahu berlepas ke Langkawi hari ini.

Mereka adalah lima penumpang penerbangan termasuk tiga yang mahu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta masing-masing seorang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Berikutan itu, lima individu lain yang menjadi kontak rapat kepada mereka yang disahkan positif COVID-19 juga tidak meneruskan penerbangan mereka ke Langkawi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka adalah sebahagian daripada seramai 2,546 individu disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi.

NOOR HISHAM

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 1,250 orang yang telah disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis.

“Hasil saringan berkenaan mendapati lima daripada 2,528 individu menjalani ujian RTK-Ag didapati positif COVID-19, manakala enam individu lain membuat ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang didapati negatif.

“Baki 12 orang kanak-kanak di bawah enam (6) tahun tidak menjalani ujian COVID-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata kesemua lima individu yang telah dikesan positif COVID-19 berkenaan adalah pesakit kategori satu iaitu tidak bergejala.

Beliau berkata KKM kemudiannya mengarahkan individu berkenaan menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

“Seperti yang ditekankan sebelum ini, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

“Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ianya berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

“Atas sebab itulah, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif COVID-19, dan bukan kontak rapat kepada kes positif,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didokongi usaha sama oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

“Oleh itu, KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling.

“Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau setelah pulang dari Pulau Langkawi, segeralah dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan COVID-19.

“Sekiranya kita mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.