nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada aktiviti pembalakan di hutan Simpan Lentang-KeTSA

22 SEPT: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengesahkan tiada aktiviti pembalakan berlaku di kawasan Hutan Simpan Lentang, Bentong, Pahang seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Pahang telah membuat semakan berkaitan isu yang tular pada awal September 2021.

Beliau berkata semakan mendapati kawasan yang dimaksudkan merupakan kawasan lesen pembersihan hutan berstatus Tanah Milik yang terletak di dalam Daerah Bentong dengan keluasan sekitar 3.59 hektar.

“Kawasan lesen yang sama ini juga pernah tular pada penghujung tahun 2020 berkaitan pencemaran Sungai Kenoi berhampiran sebuah resort akibat aktiviti pembinaan jalan pengeluaran ke kawasan lesen ini.

“Susulan itu, Jabatan Perhutanan Pahang telah mengambil tindakan untuk menghentikan sementara kerja di kawasan lesen ini bagi tujuan semakan dan siasatan lanjut.

“Hasil semakan oleh Jabatan Perhutanan Pahang mendapati pelesen tidak melakukan sebarang kesalahan hutan yang melibatkan jalan pengeluaran dan kawasan lesen,” katanya dalam ucapan penggulungan ucapan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata setelah mengambil kira beberapa faktor lain dan kepentingan awam, Jabatan Perhutanan Pahang telah mengambil keputusan untuk membatalkan lesen pemindah bagi kawasan lesen ini berkuatkuasa serta merta.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin juga menafikan dakwaan berlaku kemusnahan hutan di kawasan Tasik Chini akibat aktiviti perlombongan.

Malah, Jabatan Perhutanan Pahang melalui kenyataan media bertarikh 14 Jun 2021 memaklumkan gambar kawasan perlombongan di Tasik Chini yang tular adalah gambar lama yang pernah tular pada tahun 2019.

“Menteri Besar Pahang juga telah mengeluarkan kenyataan media pada 15 Jun 2021 mengenai komitmen Kerajaan Negeri untuk memulihara kawasan Tasik Chini.

“Di antara komitmen Kerajaan Negeri ialah memperluaskan Hutan Simpan Chini kepada 6,000 hingga 7,000 hektar, mempergiatkan pemuliharaan kawasan Tasik Chini, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu, menghentikan aktiviti melombong di kawasan Tasik Chini serta mempertahankan status tapak rizab biosfera UNESCO dilaksanakan.

“KeTSA sebagai national focal point bagi program Man and the Biosphere (MAB) di bawah UNESCO, akan sentiasa menyokong usaha dan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memelihara tapak rizab biosfera Tasik Chini.  

“Penyertaan Malaysia dalam MAB bermula dengan pengiktirafan Tasik Chini pada tahun 2009. Inisiatif ini melibatkan program saintifik antara kerajaan (inter-governmental) bagi memperbaiki hubungan antara manusia dan alam sekitar dengan memberi penekanan kepada keperluan pembangunan dan penjagaan alam sekitar,” katanya.

Berikutan itu, KeTSA tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan untuk aktiviti perlombongan di kawasan-kawasan pemeliharaan seperti Hutan Simpanan Kekal (HSK), Kawasan Rizab Perlindungan mahupun kawasan yang telah diwartakan secara khusus seperti tadahan air atau Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

“Bagi maksud ini, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak akan mengeluarkan sebarang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi permohonan dalam kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin memperbetulkan kekhilafannya semasa menyebut kawasan Gunung Jerai adalah termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda di dalam  jawapan Soalan Lisan pada Isnin lalu.

“Sebenarnya saya ingin merujuk kepada kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai di mana saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa memang tiada aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan kerana Hutan Simpan Gunung Jerai dikelaskan di bawah Hutan Perlindungan.

“Adapun pertukaran status hutan kepada kawasan pembinaan, penanaman agro dan penempatan berlaku, ia hanya melibatkan kawasan luar daripada kawasan yang diwartakan sebagai HSK,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.